Iklan

Saturday 9 March 2013

ISU: Jawi Savvy

 (written & posted by: me)

Lama tak menulis. Ingatkan cuba nak istiqamah menulis seminggu sekali...tetapi perancangan Allah SWT itu Agong daripada kita sebagai makhluk.

So kali ni saya ingin tulis mengenai "Jawi Savvy". Apabendelah jawi savvy ni yer. Jawi Savvy ni saya takrifkan sebagai orang yang memiliki kemahiran dalam dua perkara iaitu:
a) mahir dalam jawi baik dari sudut penulisan, ejaan dan sebagainya.
b) mahir untuk mengaplikasikan jawi ke dalam sistem ICT.

Takrif ni saya tak ambik kat mana-mana. Ini takrif yang saya buat sendiri berdasarkan pengalaman berbelas tahun melibatkan diri secara penuh dalam bidang penulisan dan penerbitan jawi ini.

Sebenarnya perkembangan tulisan jawi dan juga komputer ini adalah seiring. Zaman saya kanak-kanak dahulu, orang tua saya yang mengajar di Sekolah Agama selalu menggunakan mesin taip jawi. Mesin taip ini sebenarnya canggih dan mahal harganya pada waktu itu. Disebabkan itu, kalau diperhatikan, rata-rata Sekolah Agama hanya ada satu atau dua sahaja.

Perkembangan komputer tahun awal 80an sebenarnya mencetuskan revolusi baru dalam bidang penulisan dan penerbitan. Sayangnya pada ketika itu, tulisan jawi agak ketinggalan dalam mengikut arus perdana DISEBABKAN kurangnya pengetahuan mengenai jawi orang yang mahir bidang komputer untuk aplikasikan tulisan jawi ini di komputer. SEDIHNYA hal ini masih berterusan hingga ke hari ini.

Perlu diingatkan kepada orang-orang yang mahir dan pakar IT, HURUF DAN TULISAN JAWI MEMILIKI PERBEZAAN DENGAN HURUF ARAB, ADA PENAMBAHAN HURUF (Rujuk artikel saya yang lalu). Apabila dianggap perkara ini sama, menyebabkan komputer yang hendak dimasukkan font jawi terpaksa diarabkan terlebih dahulu, baru boleh dimasukkan font jawi. KENAPALAH TAK DIBUAT UPDATE KHUSUS UNTUK TULISAN JAWI WAHAI ENCIK MICROSOFT??????

Jadi pada ketika ini, kita terimalah sahaja apa yang ada. Cuba sebaik mungkin ruang ada demi MENINGGIKAN TULISAN JAWI INI. So disini, apa yang penting bagimana untuk menjadikan diri kita ini "JAWI SAVVY". Disini adalah antara cadangan saya berdasarkan latihan dan kemahiran yang saya praktikkan pada hari ini:

1) Mahirkan diri dahulu dengan huruf, ejaan dan tulisan jawi. INI SANGAT PENTING. Rujuklah buku "Daftar Kata Ejaan Jawi" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan, atau surat khabar utusan jawi (yang hampir nak dipupuskan suatu masa dahulu).

2) Mahirkan untuk melakukan intergrasi antara bahasa arab dan tulisan jawi. Ini kerana sumber utama tulisan jawi ini adalah bahasa arab. So mau tak mau kene belajar la bahasa arab serba sedikit.

3) Mahirkan kaedah dan cara untuk meng"arab"kan komputer dan seterusnya memasukkan tulisan jawi dan arab ke dalam komputer.

4) Mahirkan cara untuk mengintegrasikan antara tulisan jawi dan arab. Ini kerana di komputer ia membaca dua benda ini adalah suatu perkara yang berbeza. Perlu mahir untuk menukar antara font jawi dan arab yang memiliki lengkungan bentuk yang agak sama.

5) Mahirkan cara untuk "publish" dokumen jawi dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk dokumen (word, pdf etc), laman web, percetakan dan sebagainya.

Inilah lima kemahiran utama yang diperlukan untuk menjadi "JAWI SAVVY". Kalau saya terfikir apa-apa lagi, In Sya Allah saya akan tambah pada siri "JAWI SAVVY Siri 2". Ingatlah, tulisan jawi ini adalah khazanah berharga yang diwariskan oleh nenek moyang kita. Siapa lagi yang hendak memartabatkannya kalau bukan kita sendiri, umat melayu Islam di nusantara ini. Jangalah anggap tulisan jawi ini suatu pembaziran, kesusahan dan bebanan, tetapi ANGGAPLAH DIA SEBAGAI HARTA, KHAZANAH YANG SANGAT BERNILAI TINGGI.

No comments:

Post a Comment