Iklan

Saturday 18 February 2012

SUDUT ILMU: USLUB DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W (MENURUT AL-QURAN)

(written & posted by: me)

PENDAHULUAN

Dalam pengertian masyarakat masa kini, dawah adalah istilah khas bagi umat Islam dalam menjalankan tugas pengenalan dan pengembangan risalah Islamiah sebagai rahmah li al-calamin. Tugas dan amanah dacwah dalam proses menyampaikan ajaran Islam yang sebenar telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam firmanNya:

Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-Nahl: 16: 125)

TAKRIF DAKWAH

Dari sudut bahasa bermakna
  • seruan (al-Israk ayat 52), 
  • tuntutan kepada orang yang berkuasa dari golongan bawahan (al-baqarah ayat 186 & 69, Aali Imran ayat 38), 
  • ibadah manusia kepada Allah S.W.T. (al-Jin ayat 18), 
  • susur galur nasab dan penempatan (al-Ahzab ayat 5 & Maryam ayat 91), 
  • ajakan makan dan minum, khusus digunakan untuk keraian majlis perkahwinan , 
  • seruan azan dan iqamah; dan 
  • agama dan mazhab (al-Ra’d ayat 14). 
Dari sudut istilah:

Menyampaikan ilmu Islam kepada manusia, mengajarkannya kepada manusia dan menunjukkan bagaimana utuk mempraktikkannya dalam kehidupan harian.


TAKRIF USLUB

Dari sudut bahasa:  Kaedah atau cara (Kamus Dewan),

•Dari sudut istilah: Uslub dakwah ialah penyampaian kandungan atau isi dakwah dengan ibarat dan bentuk yang tertentu .


HUKUM BERDAKWAH

“Hukum menyampaikan dakwah itu adalah wajib dilaksanakan sama ada oleh lelaki mahupun wanita. Dalilnya pada surah al-Taubah ayat 71, Fusilat ayat 33, al-taubah ayat 122, Aali Imran ayat 104 & 110, al-Nahlu 125”

“Syeikh Abu Zuhrah menambah hukum melaksanakn dakwah ini adalah fardhu ain dan fardhu kifayah secara bersama. Fardhu Ain atas setiap individu muslim dan fardhu kifayah atas keseluruhan masyarkat Islam.”

USLUB DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W.


1. Ikhlas

Ikhlas disini bermaksud tetap atas kebenaran, teguh pendirian atas perintah untuk berdakwah kepada manusia, tidak takut untuk menghadapi tentangan dan dugaan.

Cth: Nabi Muhammad ketika ditawarkan harta dan juga kemewahan dunia semasa di Mekah, Baginda tetap teguh atas pendirian untuk menyampaikan risalah Allah SWT.

2. Penjelasan yang lengkap

Dakwah mesti disampaikan dengan jelas, tanpa wujud kekusutan atau kekeliruan. Hendaklah menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.

Cth: Nabi Muhammad memulakan dakwahnya dengan perkara asas Islam iaitu akidah, kekal dan tetap teguh menyampaikannya, bersabar dengan apa jua halangan dan cabaran sambil berkeyakinan pertolongan Allah SWT sentiasa hadir membantu.

3. Perumpamaan dan Perbandingan

Adalah dimaklumi bahawa semua umat yang diutuskan kepadanya para Rasul akan menyembah berbilang-bilang tuhan. Untuk itu para Rasul yang diutus akan mendatangkan perumpamaan dan perbandingan untuk menguatkan hujah bahawa Tuhan itu hanyalah Allah SWT yang Maha Esa (al-Anfal ayat 42).

Perumpamaan dan perbandingan ini didatangkan atas dua sebab:

1. Pada menerangkan keadaan umat yang terdahulu berdasarkan kisah-kisah para Rasul yang diutus.
2. Menunjukkan bahawa risalah yang dibawa oleh para Rasul adalah risalah ilahi.

4. Kesatuan Usul Dakwah

Dalam hal ini, uslub Nabi Muhammad SAW kekal konsisten dengan usul dakwah yang telah disampaikan oleh para Rasul yang terdahulu iaitu;

(a). Mentauhidkan Allah

Para Rasul dari dahulu lagi akan membawa risalah tauhid kerana inilah merupakan tujuan asas dakwah

(b). Benarnya risalah kerasulan

Nabi Muhammad SAW juga sentiasa tetap teguh membenarkan akan dirinya itu ada seorang Rasul     yang diutuskan kepadanya wahyu ilahi, sebagaimana para Rasul yang terdahulu. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan pengurniaan mukjizat untuk menolak segala keraguan dan pertentangan yang dikemukakan oleh kaum kafir musyrik.

(c). Berdakwah supaya melaksanakan amal ibadat

Amal ibadah merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh seorang manusia untuk menjadikan dirinya seorang yang Islam. Ini kerana, amal ibadah merupakan ruang komunikasi terus antara hamba dengan Allah SWT.

Amal ibadah yang diseru oleh Nabi Muhammad SAW dan para Rasul boleh dikategorikan kepada dua jenis:
(1). Amal ibadah yang telah dinaskan, tidak boleh diubah atau ditambah.
(2). Apa jua amalan baik dan solih terutamanya pengamalan akhlak Islamiyyah yang unggul dianggap sebagai ibadah.

(d). Berdakwah kepada Akhlak yang baik.

Nabi Muhammad SAW dan para Rasul akan memulakan penyampaian risalah melalui amalan akhlak yang baik. Baginda bukan sahaja menyeru supaya berakhlak baik tetapi menjadikan sebagai amalan harian.

Seruan kepada akhlak yang baik biasanya merupakan nilai-nilai yang universal dan terpakai untuk semua umat manusia seperti berbuat baik kepada ibubapa, tidak membunuh anak-anak, tidak membunuh diri, tidak berkahwin sesama jenis dan sebagainya.

(e). Memperingatkan kepastian Hari Kiamat

Adapun tujuan memperingatkan tentang pastinya kedatangan Hari Kiamat ini adalah untuk menakutkan dan menyedarkan manusia supaya tidak terus menerus melakukan dosa dan maksiat. Ini kerana kepastian wujudnya Hari Kiamat, Hari pembalasan ini merupakan ketakutan terbesar manusia.

Selain itu, menurut Imam Fakru Razi, kebiasaan manusia adalah bersifat mengikut atau muqallid. Amalan yang dibuat secara ikutan biasanya tidak memiliki dalil dan hujah. Ini dapat dipatahkan hanya melalui menakutkan mereka dengan balasan hari Kiamat secara berterusan sebagaimana diisyaratkan oleh Allah SWT dalam surah al-Syuarak.

KESIMPULAN

Uslub Dakwah yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan risalah ilahi adalah tetap teguh sebagaimana uslub dakwah para Rasul yang terdahulu.

Diharapkan uslub dakwah ini dapat dijadikan perkara asas oleh kadir-kadir dakwah dalam menyampaikan risalah Islam ini kerana ia merupakan teori yang berjaya dipraktikkan oleh para Rasul, para Sahabat dan juga para da’I.

RUJUKAN:

Dr. Ahmad Ahmad Ghallusy. 1978. Dakwah Islamiyyah Usuluha Wa Wasaailuha. Kaherah: Dar Kutub al-Misri.
Dr. Muhammad Qasim al-Suum. 2007. Manhajiyyatilm al-da;wah. Lubnan: Dar al-kutub al-Ilmiyyah.
Muhamad Bukharuddin Ismail & Mohd Rosdi Mat Zain. 2010. Uslub Dakwah Nabi Nuh menurut Al-Qurandalam kumpulan kertas kerja Manhaj Dakwah menurut Al-Quran. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM.
Khairudin bin Salimin. 2010. Dakwah dalam Al-Qurandalam kumpulan kertas kerja Manhaj Dakwah menurut Al-Quran. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM.
Wan Azlee dan Abd Samad. . 2010. Dakwah Nabi Muhammad SAW di Madinahdalam kumpulan kertas kerja Manhaj Dakwah menurut Al-Quran. Bangi: Jabatan Dakwah dan Kepimpinan UKM.

Sunday 12 February 2012

ISU: FONT JAWI DI KOMPUTER

Baru-baru ni kat suratkhabar dikejutkan dengan berita orang Korea merayu kat orang Islam Malaysia ni supaya jangan pinggirkan tulisan jawi. Kesian ngan tulis jawi yer. Hampir takder sapa nak perjuangkan. Mintak maaf cakapler yer, masa belajor kat universiti kat sini, kalau lecturer suruh jawap dalam jawi hampir semua mengeluh ( ni yang duduk dalam pengajian Islam ni). Kalau orang macam kita ni dah mengeluh, sapa lagi nak hidupkan tulisan jawi, yer tak.

Saya ngan tulisan jawi mmg takleh dipisahkan, cewah. Mula tersedar perlu hidupkan tulisan jawi masa mula-mula nak masuk Sekolah Arab dulu. Kene tulis esei pendek dalam tulisan jawi. dah ler tulisan tak lawa (masa tu), kene kutuk lagi ngan arwah mak (moga Allah SWT beri kerahmatan padanya), sejak tu tanamkan azam untuk perbaiki tulisan jawi.

Masa kat Sekolah Arab, perbaiki la tulisan. Apatah lagi seronok belajor khat, macam-macam  khat belajor, thuluth, nasakh, riq'ah, diwani dan kufi. Jadi bila masuk universiti, tulisan jawi tu dah jadi macam rencam. Tulis nota dalam jawi, jawap exam jawi (kalau subjek umum takla), conteng-conteng nota kat tepi buku jawi dan etc. Jadi bila kerja dalam suasana yang perlukan pada tulisan jawi, macam kat Pejabat Agama ni, alhamdulillah memang takder masalah.

Ok, berbalik pasal font jawi kat komputer ni. Sebenarnya banyak isu pasal font jawi kat komputer ni. Antara isunya:
1. Komputer apa yang sesuai untuk jawi sama ada versi Apple atau Windows.
2. Kat mana nak dapat font jawi
3. Masalah font jawi di komputer
4. Compatibility (kesesuaian) untuk diprint sebagai pdf
5. Perisian jawi atau laman web yang sediakan kemudahan jawi
6. dan macam-macam isu lagi.

Ni ulasan saya pada isu ni:

1. Komputer apa yang sesuai untuk jawi sama ada versi Apple atau Windows.

Kat malaysia ni komputer yang biasa digunakan untuk taip jawi ada dua. Satu jenis apple dan satu lagi jenis microsoft (ni paling popular). Ulas yang kurang popular dulu:

a). Font Jawi di Komputer Apple.

Masa saya mula2 kerja dulu, baru ler tahu pasal adanya tulisan jawi kat komputer Apple. Jadi, pada sapa yang tak pernah tau ni saya bagitau yer. Perisian yang digunakan ialah perisian yang diimport dari Peranchis (terlupa pulak apakenamanya....pasal lama tak bukak apple kat pejabat la ni). Perisian ni tak secanggih ms word la, tapi fungsi asasnya adalah untuk sediakan document, jadi feature basic macam MS Word semua ada ler.

Font jawi yang digunakan pulak tak banyak tapi yang paling lawa dan sedap dibaca ialah font bernama "selangor" (ni betul ni bukan rekaan). Orang yang install tu jurujual Apple, En Farid (mana tah dia dapat saya pun tak tau). Font memang lawa. Sedap dipandang, muda dibaca. Masa tu guna OS 9.1.

Walaupun lawa, tapi Apple ni ada limitation cth seperti takleh dibaca kat ms word di windows, font takleh export ker pc windows, bila upgrade OS Apple, document asal dah takleh baca, nak export font uthmani (bagi ayat al-Quran) takleh dibuat, sama jugak ngan hadis daripada software hadis dsb. Ini menyukarkan kerja-kerja dilakukan.

b). Font Jawi di Komputer Windows

Bagi pengguna tegar windows (macam saya...hahaha), font jawi mmg banyak pilihan di sini. Walaupun tulisan tak secantik font di apple, tapi dia memiliki banyak pilihan.

Kelebihan: Boleh diintegrasikan dengan banyak software berkaitan seperti font uthmani, hadis dsb. Selain banyak pilihan font yang boleh disesuaikan dengan selera masing-masing seperti kufi, jawi biasa, traditional arabic jawi, dsb.


2. Kat mana nak dapat font jawi

Ni jugak satu isu. Ada la laman web tertentu yang menyediakan font jawi seperti ejawi.net dsb tetapi hanya satu atau dua font jer. So kat mana nak dapat. Ni persoalannya. Tambah pulak, takder programmer komputer yang melayu dan Islam nak buat font jawi yang boleh dibaca di MS Office. 

Sejak tahun 2002, saya ada buat koleksi font jawi dan arab, yang sekarang ni dah cecah dekat 200 lebih font. Ada yang saya beli, ada yang saya download secara percuma sebab berdasarkan pengamatan saya font jawi ni ada sedikit persamaan dengan font parsi.

Jadik, kalau sapa-sapa yang berminat untuk dapatkan koleksi saya ni, juz email me. Sedikit bayaran saya minta dalam lebih kurang RM5.00, sebab nak belikan CD, upah pos dan sebagainya. Ni bukan nak cari untung, tapi lebih kepada untuk share sama kawan-kawan.


3. Masalah font jawi di komputer.

Ini satu isu yang saya masih cari penyelesaian sampai hari ni. Punca dia, huruf arab atau huruf hijaiyyah ada 29 (kalau silap betulkan yer). Sedangkan huruf jawi ada tambahan enam huruf iaitu "nya", "cha", "pa", "ga", "ve" dan "nga". Bila diinstall kat komputer, ada huruf yang arab digantikan kedudukannya dengan huruf jawi seperti "dhat" diganti dengan "ga", "ghain" jadi "nga" dsb. 

Masalah berlaku bila bertembung ejaan yang memerlukan huruf ni dalam satu kalimah seperti:
- "hadisnya" : huruf tha bertembung dengan huruf "nya" sebab berada di key yang sama. 
- "menghafaz": huruf nga bertembung dengan huruf pa.
- dll.

Soalnya: tak boleh ker dibuat satu font jawi yang cantik macam khat nasakh atau macam traditional arabic, kemudian bila di install, tak membuang fungsi huruf arab yang sedia ada. Kalau font di perisian Apple boleh buat, napa takder programmer melayu Islam yang buat untuk perisian windows? Ada font "Arabtypesetting" tapi tidak secantik font traditional arabic. Harap ada yang membantu la dalam hal ni.


4. Compatibility (kesesuaian) untuk dijadikan sebagai pdf

Kat pejabat terutama bila mengarang khutbah, pencetak biasanya mintak di print sebagai pdf. Kalau document tu semua arabic dia takder masalah, tapi bila jawi ada problem sebab bila ditukar jadi pdf, ada huruf yang tak boleh dibaca. Kadang-kadang bertindan antara satu sama lain. Ni pun problem jugak ni.


5. Perisian jawi atau laman web yang sediakan kemudahan jawi

Bab ni kene puji. Memang ada di internet laman web untuk promote tulisan jawi ni macam ejawi.net dan berbagai perisian seperti Jawi Translater, Jawi Pro Ofis, Carikata dan sebagainya. Tapi sambutan daripada masyarakat la pulak kurang, sebab kemahiran membaca jawi dan makin menipis dalam masyarakat. Tak mustahil satu hari nanti makin pupus.

So, itulah sajer bebelan saya pasal font jawi ni. Harap ada yang mendengar dan bagi ulasan membina. Ingat ler, kalau kita yang tak membela tulisan ni, sapa ler lagi.. والله أعلم

ISU: CARA NAK “ARABIC”KAN WINDOWS ANDA


(written & posted by: me)

Ini merupakan masalah kepada mereka yang sealiran pengajian dengan saya. Al-maklumla, bukan semua kita ni expert dalam komputer. Apatah lagi tak ramai yang boleh kita consult untuk bende ni. Untuk pendekkan cerita, berdasarkan pengalaman la yer. (Benda ni bergantung pada perisian masing2, kadang2 ada jugak tak jadi). Nak arabickan komputer, ada dua perkara kene ambil kira:

      1.      Windows tu kene di install dulu sistem arab;
      2.      Font-font arab perlu diinstall dalam sistem.

1. Windows tu kene di install dulu sistem arab.

Disebabkan perisian windows ni berbagai-bagai versi dah keluar, saya hanya akan fokus pada 2 versi iaitu versi vista dan windows 7 (ni untuk semua jenis la sama ada starter ker home premium ker profesional ker and etc). Untuk versi windows 7 ni, sila ikut step ini:

a) Tekan butang windows – control panel. Akan keluar paparan ni














      b) Tekan “Change keyboard or other input. Akan keluar paparan ini.





c) Klik dekat tab “keyboard and Languages”. Kemudian klik dekat Change keyboard. Akan keluar paparan ni:



d). Pada tab ini, tekan butang “add” kemudian pilih “add input languages”. Pilihla arabic mana yang sesuai, tapi yang biasa saya pilih ialah 2 jer iaitu “Arabic (Egypt)” dan “Arabic (Saudi Arabia)”. Bila dah pilih klik butang tambah di sebelahnya, kemudian klik kat keyboard dan tanda dalam kotak pada Arabic 101. Bila dan selesai, tekan butang ok.

e). Tapi ni belum selesai. Balik ke paparan “Regional and Languages Option”, pergi ke tab “Administrative” tekan butang “Change System Locale”. Pilih “Arabic (Saudi Arabia @ Egypt @ ikut suka korang la). Kalau ni tak dibuat, perisian arab yang nak diinstall, dikhuatiri takleh baca. Akan keluar font alien...hahaha.

f). Lepas tu tekan ok pada setiap paparan, sampai jumpa desktop balik. Kalau dia suruh restart, ikut jer la. Restart la balik.

g). Cara nak tau benda ni dah settle, tengok di taskbar, akan ada tambahan languages di situ. Biasanya dia akan timbul huruf “EN”. Kalau klik kat huruf tu dia akan ada tambahan languages ‘AR for Arabic”. Tengok paparan ni:


h). Nak switch antara arabic ngan english boleh buat lalu klik pada butang taskbar ni atau tekan “Shift dan Alt” secara serentak.


Bila dah settle yang ni, jangan suka sangat (hehehe), di baru part pertama. Part kedua pulak camni:

2. Font-Font Arab @ Jawi Perlu diinstall dalam sistem

Sebab apa perlu install font, pasal microsoft cuma bagi font standard jek seperti tradisional arabic dan beberapa font lain la. Camana pulak nak cari font arab ni yer? kalau kita search kat google guna keyword "font arabic", akan banyak font2 yang boleh didapati secara percuma. Yang jadi masalah font jawi (ni saya akan ulas dalam pst lain. Banyak isu ni). Cara nak install font-font arab @ jawi beginilah caranya:

a). Tekan butang start, kemudian pilih control panel. Atau cara lebih mudah kat butang start di bahagian search dibawah, taip "font" dia akan keluar macam2. Pilih yang atas sekali dibawah programs "Font". 



b). Lepas tu dia akan keluar paparan seperti dibawah. Kemudian cari folder dimana anda simpan font arab yang dah didownload. bukak folder tu letak sebelah ngan paparan dibawah. Copy atau select all kesemua font yang dah didownload, tekan butang shift dan guna cursor mouse secara serentak dan kemudian tarik font tu masuk ke folder font di control panel. Tunggu la sampai habih. Kalau ada font dia takleh baca atau font yang memang dah ada, dia akan bagi commad. Ikut jerla command tu sama yes atau ok. Bila dah selesai tutup la semua paparan & dah boleh guna dalam perisian microsoft office.

Ni cara untuk vista dan windows 7. Bagi sesiapa yang masih pakai windows xp, cara dia lain sikit. Kalau ada permintaan saya akan post disini. والله أعلم