Iklan

Sunday 8 April 2012

ISU: PDFkan document jawi anda

 (written & posted by: me)

Lama betul tak post apa2 kat blog. Lepas ni kene tanam azam baru la...kurang2 seminggu atau dua minggu sekali akan postkan sesuatu la kat sini. Almaklumlah..keje kat pejabat banyak menulis, menulis khutbah, menulis tafsir, menulis hadis, buat paperwork, tulis itu dan ini...huhuhu

Ok, berbalik pada tajuk. Bagaimana untuk PDFkan document jawi anda. Ni base pada pengalaman la yer. Sebab bila buat kerja penerbitan di pejabat, syarikat percetakan selalunya akan mintak document tu disavekan dalam bentuk pdf supaya kualiti printing tu cantik.

Untuk document yang semuanya rumi takder masalah, untuk documentyang semua arab pun takder masalah. Tapi yang jadi problem bila document jawi. Lagi kalau guna font "Traditional arabic sjawi"...walaaah...mesti jadi tulisan alien ngan titik-titik jer..langsung takleh baca. Sebelum cerita penyelesaian,  saya cerita dulu masalah. Ni antara masalah yang saya jumpa la time nak pdfkan document jawi:

1. Font jawi biasa atau traditional arabic tak boleh diprintkan sebagai pdf.
2. Tulisan jawi yang dipdfkan hilang atau bertukat jadi tulisan alien atau bertukar jadi titik.
3. Margin kat document akan lari sebab pdf takleh baca font.
4. Perisian untuk pdfkan banyak yg tak compatible untuk save document sebagai pdf.

Jadi, bila masalah-masalah ni timbul kene la cari solution. Cuba jugak bincang dengan beberapa kengkawan yg mahir IT tapi timbul masalah lain. Contohnya, orang ini mmg pakar IT tapi dalam masa yg sama tak "Jawi Savvy". Kadang2 mahir IT dan bahasa arab tapi bila bab jawi, jugak tak "Jawi Savvy". Isu "Jawi Savvy" saya akan ulas lain kali yer.

So nak tak nak, atas tuntutan kerja, saya atas inisiatif sendiri mula la explore apa jua kaedah yg orang cadangkan. Jadi jumpa beberapa solutions yang boleh digunapakai. Antara penyelesaian yang saya jumpa ialah:

1. Elakkan daripada menggunakan font "Jawi Biasa" atau "Traditional Arabic" pada document. Kalau tak dia akan jadi masalah. Jadi gunalah font yg lain dari itu. Sekarang ni saya guna font "AJ-Biasa" untuk jawi dan untuk font arab "A1 Biasa" sebab kualiti dia lebih kurang sama dengan forn apple dan traditional arabic. Cuma susah kat huruf "wau yg ada hamzah atasnya" ni kene pakai "DTP Nasakh" atau "Jawi Special"

2.  Perisian untuk pdf, saya tak guna adobe pdf profesional sebab nak beli yg original agak mahal. Selagi ada yg percuma saya akan cari. So dlm byk2 pdf converter software yg boleh convert document jawi, saya biasanya pakai "dopdf converter". Sekarang ni dah version 7. Saya guna software ni sejak dia dari versi 4 lagi sampai la hari ni.

So itu jerla untuk kali ni yer yang dapat kongsi.....Mohon doakan kebaikan, kekayaan rezeki dan keredhaan Allah SWT untuk saya dan keluarga yer..Amin
والله أعلم

3 comments:

  1. mcm mana nak dowloadjawi AJ tu ye?

    ReplyDelete
  2. saya dah try guna dopdf converter. terima kasih byk atas perkongsian. sekurangnya dapatla mengurangkan kadar stress dan kadar masa termenung lama2 depan laptop angkara font jawi di Word xleh nak convert ke PDF

    ReplyDelete