Iklan

Sunday 17 March 2013

ISU: Usaha memartabatkan tulisan jawi

(written & posted by: me)

mmmm....bab memartabatkan tulisan jawi ni yang agak susah sekarang ni. Kalau kita search kat google pasal isu tulisan jawi ni, banyak sebenarnya lontaran idea yang dah dibuat. Contohnya kalau kita search keyword "tulisan jawi" kita akan dapat 1.14 juta hits. Banyak tu. Untuk kecilkan lagi skop kita search "6,750" hits. Maknanya, kalau kita baca satu persatu pandangan ni, kita kelompokkan dan buat sedikit kajian berdasarkan pendapat ini, kita akan dapat banyak idea macamana nak memartabatkan tulisan jawi ni.

Jadi, dalam perkara ni, bagi saya la, kene guna "practical approach" la. APA YANG BOLEH DILAKUKAN SEKARANG UNTUK MARTABATKAN TULISAN JAWI NI. Sebenarnya kalau kat blog ni saya boleh taip jawi, dah lama dah saya buat, tapi kekangan dan batasan teknologi menyebabkan ia menjadi agak sukar untuk dilaksanakan.

Balik pada isu, apa yang boleh dibuat. Bagi saya yang berkecimpung dalam bidang penulisan jawi ni yang agak dah lama jugak la, perkara-perkara ni boleh dibuat:

1) Kepada golongan ustaz dan ustazah. MAHIRKAN DIRI ANDA MENULIS JAWI sehingga ke tahap, jadikan diri kita ni "JAWI SAVVY". Siapa lagi yang nak menghidupkan tulisan jawi ni kalau bukan Ustaz dan Ustazah. Tidak kira Ustaz dan Ustazah ini berkhidmat dalam apa jua bidang pekerjaan pun sama ada sebagai guru, penceramah, pentadbir, peniaga dan sebagainya. Jadikan penulisan jawi ini sebagai mainan harian. Ini berdasarkan pengalaman la. Masa kat Universiti (zaman student la ni), kalau disuruh jawap exam dalam jawi semua mengeluh, even masa saya sambung pengajian masters pun perkara ni masih menjadi keluhan. INGATLAH, SIAPA LAGI YANG NAK PERTAHANKAN TULISAN NI KALAU BUKAN KITA....Bab ni saya cukup sedih...

2) Sebelum dituding jari pada orang lain, apa yang jabatan agama patut buat, apa yang surat khabar patut buat dan bla bla bla yang lain....MULAKAN DENGAN DIRI KITA SENDIRI. Tanya balik diri ni, boleh ker tidak aku ni menulis jawi? Pandai ker aku ni menulis dan mengeja perkataan dalam tulisan jawi? Kenapa aku ini tidak mahir? Jangan kita pandai menyuruh orang itu dan ini, tetapi bila kene batang hidung sendiri untuk buat, masing-masing mengelak. MESTI MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI DAHULU. Latih tubi diri ini menulis jawi dalam semua keadaan, In Sya Allah lama kelamaan kita akan mahir.

3) Kepada golongan Guru. Maaf la yer kalau perkara ni dah dibuat. Apa salahnya jadikan seminggu dalam sebulan sebagai "MINGGU MENULIS JAWI". Kalau kita boleh buat minggu bahasa arab, minggu bahasa inggeris, jadikan juga "MINGGU MENULIS JAWI" suatu keperluan kepada sekolah. Setidak-tidaknya, anak generasi muda tahu menulis dan membaca jawi.

4) Kepada pakar teknologi. Gunakan kemahiran dan kepakaran anda untuk jadikan tulisan jawi ini sebagaimana tulisan roman dan arab. INGATLAH, TULISAN ARAB MEMILIKI PERBEZAAN DENGAN TULISAN JAWI DISEBABKAN ADA PENAMBAHAN HURUF. Gunakanlah kreativiti anda itu supaya tulisan jawi ini kembali gah. Janganlah sesekali selitkan dalam minda kita ini perkara ini mustahil dibuat. Mungkin boleh dibina browser yang boleh integrate tulisan jawi dalamnya, instead of arab atau english sahaja. Banyak sebenarnya ruang teknologi yang boleh dikembangkan tulisan jawi ini. In Sya Allah, saya akan cuba review perisian-perisian tulisan jawi yang ada di pasaran. Mudah-mudahan ia bileh ditambah baik dari semasa ke semasa.

5) Kepada para peniaga melayu. Apalah salahnya kalau signboard kedai tu kita letak dua tulisan. Satu tulisan roman dan satu tulisan jawi. Masyarakat cina dan india buat pada premis perniagaan mereka. Kenapa tidak kita. Kalau kata susah nak buat, takder pakar yang boleh dirujuk. Takperla...email pada saya apa nama kedai, saya tuliskan guna komputer dan saya pdfkan supaya designer terus jadikan dia sebagai image. Mudah untuk print di papan tanda. In Sya Allah saya tak kenakan apa-apa bayaran. Harap ni jadi jariah saya la di akhirat esok.....

Inilah sahaja idea yang yang saya kira praktikal untuk dibuat. Jangalah kita meminggirkan tulisan kita sendiri ni, kerana siapa lagi nak pertahankan kalau bukan kita......

Ini kenyataan yang saya petik kat wikipedia tentang tulisan jawi ni:
"Seorang pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr. Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Menurutnya, tulisan Jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti. Menurutnya, "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?"

Sedih sebenarnya bila saya baca perkara ni. Janganlah kita hanya sedih membacanya tapi TAK BUAT APA-APA MENGENAINYA. Inilah antara warisan khazanah nenek moyang kita dahulu. Tamadun Melaka dan Melayu bangun dan maju dengan menjadikan tulisan jawi sebagai medium utamanya. INGATLAH, SIAPA LAGI NAK HIDUPKAN TULISAN JAWI NI KALAU BUKAN KITA ORANG MELAYU"

No comments:

Post a Comment