Iklan

Thursday 11 July 2013

TAZKIRAH: Kelebihan Ramadhan 1

Ni antara hadis yang membincangkan tentang kelebihan Ramadhan. Al-maklumla....sedang berada di bulan puasa ni kan....kene ler beringat yer...Mudah-mudahan ia jadi kekuatan untuk kita kejar kelebihan yang ada di bulan Ramadhan ni yer:


Ini adalah terjemahan dari hadith yang agak panjang. Diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi dan dinilai Sohih oleh Ibnu Khuzaimah. Nabi SAW menyampaikan hadith ini semasa menyampaikan khutbah di akhir bulan Syaaban. Hadithnya bermaksud:

"Wahai sekelian manusia, sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan yang mulia, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang ada padanya malam yang lebih baik dari seribu bulan, Allah jadikan puasa padanya satu kefardhuan, beribadat dimalamnya satu galakan yang dituntut, sesiapa yang melakukan ibadah ini dengan penuh keikhlasan, akan dikurniakan pahala baginya sama seperti amalan fardhu, sesiapa yang mengerjakan amalan fardhu akan dikurniakan pahala baginya gandaan 70 kali ganda, Ramadhan ini juga adalah bulan kesabaran, dan sabar itu ganjarannya adalah syurga, Ramadhan juga adalah bulan yang ditambah rezeki kepada orang yang beriman, sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa akan dikurniakan keampunan terhadap dosa-dosanya, dan diberikan perlindungan daripada azab api neraka, serta digandakan pahalanya tanpa mengurangkan sedikitpun ganjaran pahala orang yang diberikan sedekah olehnya,"
Para sahabat bertanya: "bagaimana jika kami tak memiliki apa-apa untuk diberikan kepada orang yang berpuasa?"
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah tetap akan berikan pahala kepada orang yang memberikan kepada orang yang berpuasa walaupun seteguk air susu atau sebiji tamar atau seteguk air, sesiapa yang menghilangkan dahaga orang yang berpuasa, Allah akan berinya minuman dari bekas air yang tidak berkurangan di hari perhitungan, sehinggalah dia memasuki syurga, inilah bulan yang awalnya penuh kerahmatan, pertengahannya keampunan dan akhirnya adalah perlindungan dari azab neraka, sesiapa yang meringankan beban orang yang berpuasa, Allah akan kurniakan keampunan dosa baginya dan dilindungkan daripada menerima azab neraka."