Iklan

Sunday 10 March 2013

INFO MASJID: MASJID ABU BAKAR

Masjid Abu Bakar (sumber gambar: Dazar Suarman)
Saya ni kerja tentang hal ehwal Masjid ni dah lebih kurang 12 tahun (campur tolak lebih kurang la). Secara umumnya di Negeri Johor Darul Ta'zim ini, Masjid boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

a) Masjid Kerajaan iaitu Masjid yang diurus sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri melibatkan pengurusan kakitangan dan penyelenggaraan bangunan.

b) Masjid Kariah iaitu Masjid yang diurus oleh ahli kariah setempat tetapi perlantikan Pegawai Masjid (Imam, Bilal dan Noja) serta AJK Masjid (Pengerusi, Setiausaha etc) adalah dilantik oleh Majlis Agama Islam.

c) Masjid Institusi iaitu Masjid yang diurus oleh sesebuah institusi khusus yang diberikan kebenaran oleh Jawatankuasa Fatwa seperti Masjid Sultan Ismail UTM dan sebagainya.

Surau pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu Surau Jumaat dan Surau biasa. Surau Jumaat ialah Surau yang diberi kebenaran sementara oleh Jawatankuasa Fatwa supaya boleh dilaksanakan solat jumaat di surau tersebut. Surau biasa pula ialah premis yang dibenarkan oleh Majlis Agama Islam untuk dilaksanakan solat berjemaah lima waktu selain Solat Jumaat dan juga untuk kegiatan masyarakat Islam.

Dalam hal ini, Masjid Abu Bakar adalah dikategorikan sebagai Masjid Kerajaan kerana dari segi kakitangan dan penyelenggaraan bangunan, ia adalah dibawah urustadbir Kerajaan Negeri.

SEJARAH

Masjid Abu Bakar ini mula dibina pada 26 Julai 1892 bersempena dengan 1 Muharam 1310 Hijriyyah dengan kos pembinaan pada ketika itu berjumlah RM 400,000.00. Mula digunakan pada 1 Syawal 1317 bersamaan 2 Februari 1900. Ini bermakna, tempoh pembinaan adalah selama 8 tahun (lebih kurang la yer). Masjid Abu Bakar ini boleh memuatkan jemaah antara 2,500 hingga 3,000 orang.

Apa yang paling bestnya pulak, pelukis pelan dan juruteranya adalah orang Melayu (huhuhu....kagumnya) iaitu Tuan Haji Butawif selaku pelukis pelan dan YB Dato' Yahya Awalludin selaku juruteranya.

Masjid Abu Bakar selepas subuh (sumber gambar: Dazar Suarman)
Itu sahajalah serba sedikit tentang Masjid Abu Bakar ini.  Nak tau lebih lanjut tentang Masjid Abu Bakar boleh la datang berkunjung ke Masjid ini sendiri. Kalau datang ke bandar Johor Bahru, dia berada di hadapan selat tebrau. Sapa2 yang pakai GPS tu sama ada Garmin ker, Sygic ke Waze ke Papago ke atau apakebendejenamanya pun, akan ada Masjid Abu Bakar, kerana inilah landmark Johor Bahru. Bila sampai jumpalah Pegawai Masjid yang ada untuk tahu maklumat lanjut.

In Sya Allah, tulisan akan datang saya akan cuba promote Masjid-Masjid pernah saya pergi dan lawati. Tidak terhad di negeri Johor, mungkin di negeri-negeri lain juga. Tujuan dipromosi Masjid-Masjid ini hanyalah satu, iaitu supaya kita ni kenal Masjid dan Surau yang ada kat kawasan kita. Bila dah kenal, ringan-ringankanlah kaki ke Masjid supaya kita termasuk dalam golongan manusia yang hatinya sentiasa terpaut dengan Masjid. Bila ni berlaku, dapatlah kita syafaat dan naungan Allah SWT di hari akhirat esok. Amin

Sumber:
Gambar (En Dazar bin Suarman)
Buku Program Perasmian Pusat Islam Iskandar Johor tahun 2007

* nak copy gambar kene mintak izin En Dazar dulu yer......

No comments:

Post a Comment