Iklan

Monday 18 March 2013

TRAVELOG: Persediaan Umrah

(written and posted by: me)



Bulan dua 2013 yang lepas, saya ngan family pergi Umrah. Pergi sekali dengan beberapa ahli keluarga yang lain la. Ni la first time pergi. Jadi kelam kabut la sikit. Tak tau apa nak bawak. Bila search kat internet, kebanyakannya panduan barang-barang nak bawak ialah untuk wanita. Mmmm..lelakinya mana. So saya cuba la untuk sediakan list barang-barang untuk dibawa bagi lelaki yer. Jadi untuk siri pertama ni saya listdown serba sedikit la perkara-perkara yang perlu untuk gi Umrah terutama bagi sesiapa yang bawak anak-anak kecik macm saya la....

1) ILMU. Ini sangat penting. Belajar la dengan guru apa yang perlu tahu tentang umrah ni. Rukunnya apa, Syarat sahnya apa. Apa fadilatnya dan berbagai-bagai lagi la yer....Cari guru atau Ustaz, lepas tu belajar. Ini penting.

2) AMBIK INJECTION. Ini untuk keperluan visa dan imigresen la yer. Kene cucuk la sikit. Kalau kat Johor Bahru ni boleh gi Klinik Kamal kat Tampoi atau Klinik Faizal kat BBU ni. Harga dia dalam RM 120.00 sorang. Kalau klinik takder, kat hospital swasta gerenti ada atau boleh telefon Klinik kesihatan berhampiran untuk tanya kat mana boleh ambik cucuk tu untuk gi Umrah.

Lagi satu bila dah jumpa doktor tu tanya la serba sedikit ubat yang perlu dibawa. Apa tips-tips kesihatan yang berguna untuk kita. Sebab kat Mekah dan Madinah nak cari klinik agak susah, tapi farmasi memang banyak dan dibukak 24 jam. Sedia jer la duit yer....

3) DUIT. Ini penting jugak sama ada nak shopping atau beli keperluan harian. Untuk makanan, hotel sediakan makan pada waktu yang terhad. Kadang-kadang kita balik Masjid dah lewat makanan dah takder, Maka belilah kita makanan di luar. Sebenarnya yang kat luar sedap lagi berbanding hotel...hehehe. Contohnya kebab 3 riyal, kalau kebab telur 2 riyal sahaja, jus buah-buahan 3 hingga 5 riyal. Nasi beryani 14 riyal (untuk kita orang melayu boleh makan 2 orang sebab banyak sangat).....dan macam2 lagi la

Kalau nak shopping jubah ker sejadah ker minyak wangi ker kurma ker perlukan jugak duit. Kalau jubah lelaki (saya suka jenama Ikaf, Haramain dan Najmah) boleh beli dengan harga 50 hingga 70 riyal. Kalau nak ambik jenama made in china 10 riyal pun ada...memang rambang mata la. Dalam hal ni ikut keperluan kita la....rasa nak berbelanja banyak, bawakla duit banyak. Kalau taknak bawak la paling minima RM2,000 la.

4) EXTENSION PLUG. Sebab kat hotel di Mekah dan Madinah, plugnya sangat limited. Kita pulak bawak banyak gajet, telefon la, ipad la, tab la, kamera la, berbagai-bagai. Sentiasa perlu dicharge sebab banyak sangat ambik gambor, update status fb dan sebagainya. Bawaklah extension yang boleh muat sampai lima charger yer....

5) BAJU. Tak payah bawak banyak setakat T-Shirt untuk tidur sahaja dan baju kemeja atau kurta untuk perjalanan pergi dan balik. Nak lagi jimat, pakai jubah jer sentiasa. Kalau t-Shirt dan kemeja tu bawak 2 atau 3 helai dan cukup dah. Pengalaman saya di sana, saya pakai jubah yang dibeli di sana sahaja. Beli 4 hingga 5 helai. Itulah yang ditukar setiap hari.

6) SELUAR. Ini seluar slack atau seluar yang sesuai untuk kita jalan-jalan semasa bukan dalam ihram. Travel biasanya bawak kita gi jalan-jalan. Takkan dalam jubah nak pakai kain pelekat. Bawakla seluar 2 helai. Itu pun sudah mencukupi.

7) BAJU DALAM (singlet). Ha...yang ni bagi lelaki bawak banyak sikit la yer. Ikutla jumlah hari travel (ni bagi yg tak suka basuh lah). Kalau rajin basuh baju hari-hari, bawak la 4 5 helai pun dah cukup.

8) KOPIAH. Untuk kopiah bawaklah yang sesuai dipakai di sana dalam 3 buah. Sebab, ini dipakai semasa bukan dalam ihram. Yang lelaki bila dah pakai ihram dah takleh pakai pakaian berjahit dab menutup kepala. Nanti kene dam yer...ingat ni.

9) SELUAR DALAM. Ni pun ikut sama macam baju dalam. Bagi yang jenis tak suka pakai seluar dalam, takyah la bawak. Yg jenis rajin basuh, bawak la 7 hingga 8 helai. Bagi yang jenis tak rajin basuh, bawak la ikut jumlah hari kat sana yer.

10) KAIN IHRAM. Bawakla dua pasang siap-siap daripada sini. Kalau bawak satu sahaja boleh juga, cuma kalau kotor dah kene basuh, lepas tu dah takleh buat Umrah. So bila ada dua, boleh tukar-tukar. Senang sikit

11) SELIPAR. Sepasang mencukupi. Kalau putus ker rosak ker, kat sana banyak selipar yang cantik-cantik boleh kita beli la dengan harga 10 hingga 15 riyal. Untuk lelaki asalkan selipar itu tidak menutupi jari-jari di hadapan yer.

12) TALI PINGGANG IHRAM. Beli satu cukupla. Kalau rasa taknak beli, pakai jer la tali pinggang yang korang ada. boleh jugak.

13) LOSYEN KULIT. Sebab kat Mekah dan Madinah ni cuacanya kering. So kene sapu losyen ni. Beli satu botol cukup la. Tanyala doktor atau farmasi atau kedai yang jual barang-barang umrah dan haji. Memang ada jual. Pengalaman saya ialah saya pakai losyen ni waktu pagi sahaja. Pagi, siang, petang dan malam, kalau jumpa jer air zam zam terus minum lepas tu doa supaya kita ni sihat sepanjang di sana. In Sya Allah makbul. Pentingnya air kene minum banyak. Kalau tak bibir dan kulit cepat kering yer....

14) KEPERLUAN DIRI  macam sabun, syampu, ubat gigi, berus gigi, sikat dan sebagainya. Yang sesuai untuk haji dan umrah biasanya ada jual kat kedai yang jual barangan ni. So beli la secukupnya yer. Tak payah banyak-banyak pun takper sebab di sana ada kedai jual barang ni. Sedia duit jer la yer.

15) BEG UNTUK KASUT. Di Mekah dan Madinah, kalau kita datang awal, biasanya ada beg plastik percuma untuk kita letak kasut dan bawak ke dalam Masjid. Tapi biasanya beg ni cepat habis. Biasalah orang ramai. So, cara mudah bawak beg kecil khusus untuk kasut dan selipar kita yer.

16) BEG KECIL UNTUK SEJADAH, AL-QURAN etc. Semasa di Madinah saya cuba bawak beg sandang sebab anak saya ni kekadang nak susu. Tapi bila sampai Masjid di suruh keluar sebab beg tu besar sangat. Jadi bawaklah beg kecik yang mudah untuk isi apa-apa yang patut untuk mudahkah kita beribadah macam Al-Quran, buku doa, buku solat-slat sunah dan sebagainya.

17) BUKU KECIL. Dalam hal ini saya sarankan tiga jenis buku untuk dibawa iaitu Buku Panduan Solat Sunat, Buku Panduan Umrah dan Haji dan Buku Doa-Doa Harian. Ini sangat berguna di Masjid. Al-Quran wajib dibawa tapi bawaklah yang jenis kecil sahaja.

18) GAJET PERIBADI. Ini macam telefon bimbit, ipad, samsung galaxy tab, kamera dan sebagainya. Kalau dahulu memang takboleh bawak masuk. Cuma sekarang sudah ada kelonggaran cuma hati-hatilah masa ambik gambar yer. Kalau kene halau keluar dari Masjid tu disebabkan ambik gambar memang dah jarang, cuma polis dia akan ugut dan marah kita la. So, pandai-pandailah adjust bila nak ambik gambar yer. Cuma saya cadangkan waktu nak ambik gambar tu biarla selepas solat fardhu atau waktu-waktu yang senggang dan takder keperluan wajib di Masjid. Time ni ambikla gambar. Waktu solat fardhu, atau masa tunggu untuk azan dan solat, takyah la ambik. Nanti kene halau ngan Polis dia yer.

19) TUALA MANDI. Bawaklah tuala mandi yer dari sini sebab kat hotel sana tuala memang tak cukup.

20) SEJADAH. Ini terpulang sama ada nak bawak ker idak. Sebabnya kat sana sejadah cantik-cantik dan lawa. So cadangan saya, takyah bawak pun takper, asalkan bila sampai sana terus beli sejadah dulu. Sebab, dalam Masjid tak tentu kita ni dapat solat kat bahagian mana. Kadang-kadang kat luar, kadang-kadang kat dalam. Dan yang paling sedih kat atas jalanraya...huhuhu. Kalau takder sejadah memang haru biru sikit la.

21) HANGER DAN PENYEPIT BAJU. Yg ni bawak la yer. Hotelnya memang takder hanger ngan penyepit baju. So nak gantung apa-apa tu memang susah sikit la.

Untuk keseluruhan, barang-barang takpayah la melebihi dua beg. Saya masa pergi bawak banyak barang memang agak sukar la nak berangkat ke sana ke mari terutama bila time nak balik...huhuhu

Saya kira cukupla la kot barang-barangnya yang nak bawak ni tertama bagi FIRST TIMER yg nak ke sana. Apa yang penting, niat kene betul, pergi tu kerana ibadah. Bukan kerana yang lain. In Sya Allah segala kesusahan Allah SWT akan bantu. والله أعلم

2 comments: