Iklan

Friday 21 August 2015

Travelog Haji - Siri 4 (Barang Keperluan)


(Written and posted by: me)

Perkara utama dalam nak menunaikan ibadah haji ni ialah barang-barang keperluan yang nak di bawa ke tanah suci. Yalah, pergi haji ni bukan macam pergi umrah yang paling lama 2 minggu. Tapi pergi haji ni kalau guna pakej biasa yang muassasah tetapkan kebiasaannya hari berada di tanah suci tu lama. Ada yang 39 hari, ada yang 44 hari, ada yang 51 hari dan rekod paling lama diketahui ialah 54 hari (ni tahun 2013... Tak tau la ada yang lama lagi. Tapi orang dulu-dulu gi haji naik kapal laut lagi lama, jejak 5 6 bulan)

So, bila dah lama duduk di tanah suci ni, barang keperluan yang dibawak kene betul-betul sukat sebab syarikat penerbangan hanya limitkan 30kg sahaja. Takleh lebih.

Dalam hal ni, tabung haji ada sediakan senarai keperluan barang-barang asasi yang nak dibawa selama tempoh berada di tanah suci. Ni barang keperluan asas la. Tapi dalam masa yang sama semasa ceramah atau kursus haji perdana ada jugak dijelaskan barang-bafang lain yang perlu dibawak yang takder dalam senarai. So, TAKE NOTE YER PERKARA NI.

Pada saya, untuk meminimakan barang keperluan yang nak dibawak, elok kita ikut jer panduan yang Tabung Haji tetapkan. Ni contoh senarai barang keperluan asas yang ditetapkan:


Sebagai tambahan kepada barang-barang keperluan ni, ni cadangan saya la:

1. Universal adaptor dan extension plug

Dunia hari ni penuh dengan gajet, tab la ipad la digital kamera la dan bagai-bagai lagi. Ni semua perlukan elektrik untuk berfungsi. Gitu jugak ngan power bank, memang saru keperluan di tanah suci ni

2. Sarung beg dan pen marker

Bila dah travel reramai ni menyebabkan beg yang kita bawak nampak serupa. Ada yang ketak riben utk pengenalan. Tapi mudahnya cari sarung beg. Bukan apa. Atas sarung beg tu boleh kita tulis nama da pengenalan kita masa berada di tanah suci

3. Peralatan Membasuh dan bilik air

Ni macam berus basuh baju, tempat letak berus gigi dan ubat gigi, tempat sangkut baju dan sebagainya. Ni semua membantu kita nak selesaikan urusan baju kotor dan sebagainya.

4. Kasut Sukan untuk melontar

Selepas tahalul awal, kita dah boleh berpakaian biasa. Tapi masih lagi berada di Mina untuk tujuan melontar 3 jamrah. Nak berjalan pulak jauh sedangkan kaki kita waktu tetiba ada masalah, pecah tumitla, gout la dan macam-macam hal lagi. So, bawaklah kasut sukan untuk memudahkan keadaan.

5. Beg Sandang Belakang

Tak dinafikan Tabung Haji ada bagi beg kecil untuk memudahkan urusan kita untuk beribadah secara terus menerus di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Tapi semasa tujuan berwukuf dan bermabit di Mina, elok dibawa jugak beg sandang untuk memudahkan pergerakan dan diisi barang keperluan semasa bermalam

No comments:

Post a Comment