Iklan

Tuesday 18 August 2015

Travelog Haji - Siri 3 (Penentuan Jenis Haji)

D(Written & posted by: me)

Perkara yang tak kurang pentingnya apabila dapat seruan haji ini ialah penentuan jenis haji yang hendak dibuat. INI AMAT PENTING UNTUK KITA TENTUKAN AWAL-AWAL. Sebabnya untuk memudahkan kita fokus terus kepada jenis ibadah haji yang hendak kita buat.

# Nota #
Ibadah haji ini ada 3 jenis iaitu; Ifrad, Tamattu' dan Qiran.
Ifrad ialah mengerjakan haji dahulu dibulan haji dan selepas selesai haji mengerjakan umrah yg wajib baginya
Tamattu' ialah mengerjakan umrah yang wajib baginya di bulan haji dan apabila tiba musim haji barulah mengerjakan haji
Qiran pulak mengerjakan haji dan umrah secara sekaligus
# tamat nota 1 #

Biasanya orang malaysia ni ambik haji tamattu' la. Tapi bagi saya, jenis haji yg nak dipilih tgk pada masa penerbangan yg ditetapkan pada kita.

SEBABNYA

Tempoh masa utk menunggu 8 zulhijjah tu sebenarnya menjadi faktor jenis haji yg kita nak buat. Kalau kita ditetapkan penerbangan lewat dan terus ke Mekah, boleh dipilih sama ada ifrad atau tamattu'. Kalau ambil ifrad memang lama sikit pakai ihram sekurang kurangnya 2 minggu. Tapi kalau ambil tamattu', selesai sahaja umrah yg wajib baginya terus boleh bukak uyk tunggu 8 zulhijjah

Bagi yg dapat penerbangan awal, bagi saya elok mengambil jenis haji tamattu'. Sebab tempoh masa menunggu hari 8 zulhijjah tu sgt lama. Kadang2 jejak sebulan. Jadi kalau ambil ifrad sebulanlah kita pakai ihram

KENAPA IFRAD KENAPA TAMATTU'

Memang dari segi afdalnya ialah kita buat jenis haji ifrad. Itu memang tak dinafikan. Tapi nak pilih jenis haji ni tengok dulu siapa diri kita.

Kita ni bukan setakat nak jaga 13 pantang larang dalam ihram sahaja tetapi kene jaga yg Allah SWT sebut
 "ولا رفث ولا فسوق ولا جدال في الحج"

Ni semua pantang larang yang berkait dengan pergaulan sesama manusia. Kadang kadang kita ni kurang sabar, dah bergaduh ngan teman sebilik, terumpat, terkata, terkutuk, tercakap bohong dan macam-macam "ter" lagilah.

So kalau rasa kemampuan kita manusia biasa, bukan tahap wali dan orang yang kaki ibadah, qiamulail dan sebagainya, pilih la tamattu'. Ni pun sesuai dengan firman Allah SWT yang nakkan kita ni pilih amalan yg tidak menyusahkan diri sendiri. ( kene uji lain cerita eh)

KENAPA BUKAN QIRAN

Boleh ker tidak kita nak buat? Boleh sebenarnya. Tapi dari segi kebiasaannya orang yang buat haji qiran ni ialah orang yang dah terlalu tua dan uzur, orang yang sakit, orang perempuan yang sedang dalam tempoh uzur syarie dan orang-orang yang sama waktu dengannya la.

Jadi kalau rasa diri tu sihat, takder sakit yang kronik dan yang sewaktu dengannya, jadi elok ler kita pilih sama ada ifrad atau tamattu' jer yer.

BAYAR DAM KE TAK

Yang pilih haji tamattu' dan qiran ni kene la bayar dam seekor kambing. Yang buat haji ifrad tak kene dam. Tapi jgn suka sgt yer. Kene teliti pada pantang larang dalam ihram tu. Yang tak berapa nak jaga kene la dam juga. Tapi yang ni rujuk ngan pegawai tabung haji untuk kira berapa dam kene bayar. Nasib tak baik kene bayar seekor unta. Huhuhuhu

Berapa jumlah bayaran dam ni. Dalam surat pengesahan penerbangan dari Tabung Haji kebiasaannya ada disertakan berapa jumlah bayaran dam. Elok bayar terus di sini bila kita ni dah pilih jenis haji nak dibuat. Jadi semasa di tanah suci tinggal top up jer berapa jumlah dam-dam lain yg kene bayar

# utk rekod tahun 2015 ni bayaran dam tamattu' ialah SR445.00 lebih kurang RM500 la #

So, itula serba sikit tentang jenis haji ni. Insya Allah lepas ni akan cuba update day to day sepanjang berada di tanah suci nanti start ngan hari berlepas. Semoga perjalanan haji saya dan isteri mendapat rahmat dan keberkatan serta haji yang mabrur














No comments:

Post a Comment