Iklan

Sunday 8 April 2012

SUDUT ILMU: ILMU TAFSIR


(dipetik dan diterjemah dari Buku "Ilmu Tafsir" oleh Prof. Dr. Muhammad Hussin al-Zahabi)

DEFINISI TAFSIR DARI PEMAHAMAN BAHASA

Lafaz “Tafsir” dalam bahasa arab bermakna penjelasan dan penerangan. Lafaz ini mengandungi makna ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Furqan (25) ayat 33:

ﭑ  ﭒ  ﭓ   ﭔ     ﭕ  ﭖ  ﭗ  ﭘ  ﭙ  
Bermaksud:
Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).

Kalimah “” dalam ayat ini bermaksid “..sebaik-baik penjelasan dan perincian.”

            Adapun kalimah tafsir ini adalah kata akarnya berasal dari kalimah “فسر”  yang bermakna menyingkap. Ini berdasarkan maknanya dalam kamus yang bermakna penerangan dan menyingkap sesuatu yang menutupi.
Dalam Lisan al-‘Arab, kalimah “الفسر” bermaksud menerangkan…dan begitu juga dengan kalimah “التفسير” yang membawa makna yang sama. Kemudian dikatakan juga bahawa kalimah “الفسر” juga member makna menyingkap sesuatu yang menutupi. Ini juga membawa makna yang serupa pada kalimah “التفسير” yang bererti menyingkap lafaz yang musykil.
Daripada perbahasan ini, dapat diketahui bahawa sesungguhnya perkataan tafsir ini, dari sudut bahasanya juga, boleh digunakan pada perkara-perkara untuk menyingkap sesuatu yang bersifat fizikal, sebagaimana digunakan perkataan tafsir untuk perkara-perkara untuk menyingkap sesuatu yang bersifat maknawi. Akan tetapi, penggunaan tafsir ini lebih kepada digunakan untuk menyingkap sesuatu yang bersifat maknawi.

 DEFINISI TAFSIR DARI PEMAHAMAN ISTILAH

Kalimah tafsir ini digunakan oleh para ulamak tafsir dan juga golongan sarjana yang seumpamanya sebagai ilmu untuk memahami Kitab Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW untuk diterangkan maknanya, mengeluarkan hokum-hukum dan hikmahnya. Inilah takrifan yang dikemukakan oleh Imam al-Zarkasyi, sebagaimana dinyatakan dalam Kitab al-Itqan.
            Selain itu, didapati juga takrifan lain mengenai tafsir sebagaimana dinyatakan oleh pengarang Kitab al-Itqan, dan para ulamak lainnya. Semua takrifan itu berkisar kepada memberikan takrifan bahawa tafsir itu ialah: Suatu ilmu yang membahaskan tentang makna kalimah Allah SWT dalam kadar batasan dan kemampuan manusia, sedangkan Allah SWT adalah meliputi pada pemahaman makna dan menerangkan maksud sebenarnya.

(to be continued)

No comments:

Post a Comment