Iklan

Sunday 12 February 2012

ISU: FONT JAWI DI KOMPUTER

Baru-baru ni kat suratkhabar dikejutkan dengan berita orang Korea merayu kat orang Islam Malaysia ni supaya jangan pinggirkan tulisan jawi. Kesian ngan tulis jawi yer. Hampir takder sapa nak perjuangkan. Mintak maaf cakapler yer, masa belajor kat universiti kat sini, kalau lecturer suruh jawap dalam jawi hampir semua mengeluh ( ni yang duduk dalam pengajian Islam ni). Kalau orang macam kita ni dah mengeluh, sapa lagi nak hidupkan tulisan jawi, yer tak.

Saya ngan tulisan jawi mmg takleh dipisahkan, cewah. Mula tersedar perlu hidupkan tulisan jawi masa mula-mula nak masuk Sekolah Arab dulu. Kene tulis esei pendek dalam tulisan jawi. dah ler tulisan tak lawa (masa tu), kene kutuk lagi ngan arwah mak (moga Allah SWT beri kerahmatan padanya), sejak tu tanamkan azam untuk perbaiki tulisan jawi.

Masa kat Sekolah Arab, perbaiki la tulisan. Apatah lagi seronok belajor khat, macam-macam  khat belajor, thuluth, nasakh, riq'ah, diwani dan kufi. Jadi bila masuk universiti, tulisan jawi tu dah jadi macam rencam. Tulis nota dalam jawi, jawap exam jawi (kalau subjek umum takla), conteng-conteng nota kat tepi buku jawi dan etc. Jadi bila kerja dalam suasana yang perlukan pada tulisan jawi, macam kat Pejabat Agama ni, alhamdulillah memang takder masalah.

Ok, berbalik pasal font jawi kat komputer ni. Sebenarnya banyak isu pasal font jawi kat komputer ni. Antara isunya:
1. Komputer apa yang sesuai untuk jawi sama ada versi Apple atau Windows.
2. Kat mana nak dapat font jawi
3. Masalah font jawi di komputer
4. Compatibility (kesesuaian) untuk diprint sebagai pdf
5. Perisian jawi atau laman web yang sediakan kemudahan jawi
6. dan macam-macam isu lagi.

Ni ulasan saya pada isu ni:

1. Komputer apa yang sesuai untuk jawi sama ada versi Apple atau Windows.

Kat malaysia ni komputer yang biasa digunakan untuk taip jawi ada dua. Satu jenis apple dan satu lagi jenis microsoft (ni paling popular). Ulas yang kurang popular dulu:

a). Font Jawi di Komputer Apple.

Masa saya mula2 kerja dulu, baru ler tahu pasal adanya tulisan jawi kat komputer Apple. Jadi, pada sapa yang tak pernah tau ni saya bagitau yer. Perisian yang digunakan ialah perisian yang diimport dari Peranchis (terlupa pulak apakenamanya....pasal lama tak bukak apple kat pejabat la ni). Perisian ni tak secanggih ms word la, tapi fungsi asasnya adalah untuk sediakan document, jadi feature basic macam MS Word semua ada ler.

Font jawi yang digunakan pulak tak banyak tapi yang paling lawa dan sedap dibaca ialah font bernama "selangor" (ni betul ni bukan rekaan). Orang yang install tu jurujual Apple, En Farid (mana tah dia dapat saya pun tak tau). Font memang lawa. Sedap dipandang, muda dibaca. Masa tu guna OS 9.1.

Walaupun lawa, tapi Apple ni ada limitation cth seperti takleh dibaca kat ms word di windows, font takleh export ker pc windows, bila upgrade OS Apple, document asal dah takleh baca, nak export font uthmani (bagi ayat al-Quran) takleh dibuat, sama jugak ngan hadis daripada software hadis dsb. Ini menyukarkan kerja-kerja dilakukan.

b). Font Jawi di Komputer Windows

Bagi pengguna tegar windows (macam saya...hahaha), font jawi mmg banyak pilihan di sini. Walaupun tulisan tak secantik font di apple, tapi dia memiliki banyak pilihan.

Kelebihan: Boleh diintegrasikan dengan banyak software berkaitan seperti font uthmani, hadis dsb. Selain banyak pilihan font yang boleh disesuaikan dengan selera masing-masing seperti kufi, jawi biasa, traditional arabic jawi, dsb.


2. Kat mana nak dapat font jawi

Ni jugak satu isu. Ada la laman web tertentu yang menyediakan font jawi seperti ejawi.net dsb tetapi hanya satu atau dua font jer. So kat mana nak dapat. Ni persoalannya. Tambah pulak, takder programmer komputer yang melayu dan Islam nak buat font jawi yang boleh dibaca di MS Office. 

Sejak tahun 2002, saya ada buat koleksi font jawi dan arab, yang sekarang ni dah cecah dekat 200 lebih font. Ada yang saya beli, ada yang saya download secara percuma sebab berdasarkan pengamatan saya font jawi ni ada sedikit persamaan dengan font parsi.

Jadik, kalau sapa-sapa yang berminat untuk dapatkan koleksi saya ni, juz email me. Sedikit bayaran saya minta dalam lebih kurang RM5.00, sebab nak belikan CD, upah pos dan sebagainya. Ni bukan nak cari untung, tapi lebih kepada untuk share sama kawan-kawan.


3. Masalah font jawi di komputer.

Ini satu isu yang saya masih cari penyelesaian sampai hari ni. Punca dia, huruf arab atau huruf hijaiyyah ada 29 (kalau silap betulkan yer). Sedangkan huruf jawi ada tambahan enam huruf iaitu "nya", "cha", "pa", "ga", "ve" dan "nga". Bila diinstall kat komputer, ada huruf yang arab digantikan kedudukannya dengan huruf jawi seperti "dhat" diganti dengan "ga", "ghain" jadi "nga" dsb. 

Masalah berlaku bila bertembung ejaan yang memerlukan huruf ni dalam satu kalimah seperti:
- "hadisnya" : huruf tha bertembung dengan huruf "nya" sebab berada di key yang sama. 
- "menghafaz": huruf nga bertembung dengan huruf pa.
- dll.

Soalnya: tak boleh ker dibuat satu font jawi yang cantik macam khat nasakh atau macam traditional arabic, kemudian bila di install, tak membuang fungsi huruf arab yang sedia ada. Kalau font di perisian Apple boleh buat, napa takder programmer melayu Islam yang buat untuk perisian windows? Ada font "Arabtypesetting" tapi tidak secantik font traditional arabic. Harap ada yang membantu la dalam hal ni.


4. Compatibility (kesesuaian) untuk dijadikan sebagai pdf

Kat pejabat terutama bila mengarang khutbah, pencetak biasanya mintak di print sebagai pdf. Kalau document tu semua arabic dia takder masalah, tapi bila jawi ada problem sebab bila ditukar jadi pdf, ada huruf yang tak boleh dibaca. Kadang-kadang bertindan antara satu sama lain. Ni pun problem jugak ni.


5. Perisian jawi atau laman web yang sediakan kemudahan jawi

Bab ni kene puji. Memang ada di internet laman web untuk promote tulisan jawi ni macam ejawi.net dan berbagai perisian seperti Jawi Translater, Jawi Pro Ofis, Carikata dan sebagainya. Tapi sambutan daripada masyarakat la pulak kurang, sebab kemahiran membaca jawi dan makin menipis dalam masyarakat. Tak mustahil satu hari nanti makin pupus.

So, itulah sajer bebelan saya pasal font jawi ni. Harap ada yang mendengar dan bagi ulasan membina. Ingat ler, kalau kita yang tak membela tulisan ni, sapa ler lagi.. والله أعلم

5 comments:

  1. wasimul_wajh@yahoo.com
    Font jawi ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tn...share font jawi tn..
      mnoorgallery@gmail.com

      Tq tn..

      Delete
  2. salam tuan sy nak beli font tu...

    ReplyDelete
  3. salam tuan font jawi thuluth ke yg tuan jual,kalo ada sy berminat

    ReplyDelete
  4. Salam ! ada font jawi riq'ah tak?

    ReplyDelete