Iklan

Monday, 24 August 2015

Travelog Haji - Siri 9 (Hari Kedua Madinah)


(Written & posted by: me)


Perjalanan menunaikan manasik haji ni memang banyak cabaran dan dugaan. Antara dugaan yang utama ialah shopping. Hahahaha. Nak beli kene beringat yer duit yg di bawak byk mana dan yang tinggal byk mana. Jgn main beli jer tetiba duih abih dan kita ni lama lagi nak duduk tanah suci. Kene beringat bab ni.

Hari kedua ni banyak masa habis di Masjid jer. Lagipun masih jetleg. Still adjusting sleeping time. Cuma hari ni lepas solat subuh Tabung Hajj atur ziarah luar ke Masjid Quba, Kebun kurma dan medan uhud. yg Masjid Tujuh (Khandaq) dan Masjid Qibalatain tak singgah, lalu sebelah jer.

Di kebun kurma banyak jugak la membeli belah tapi yang dibeli hanya kurma ajwa dan kurma barni sbb ni hang disebut dalam hadis Nabi.

#Tips beli belah di kebun kurma:
1. Beli yang perlu jer. Jangan rambang sangat mata tengok sana murah sini murah lepas tu bila nak bayar, berpeluh dahi.

2. Nak beli tengok kemampuan byk mana. Memang la kurma yang elok adalah kurma di tanah haram, tapi kat keliling hotel kadang-kadang kita dapat harga lagi murah dan dpt diskaun. So, beli ikut poket jangan ikut hati.

AKTIVITI LAIN

Di Madinah byk aktiviti kene explore sendiri sebab petugas Tabung Haji tak boleh nak layan semua. Cuma nak berjalan tawaf kedai tu kene tau la serba sikit bearing kat madinah ni. Kalau kita keluar hotel kemudian belok kiri ke kedai, kene ingat balik step atau langkah yang kita datang.

MAKANAN

Di maktab makanan yang disediakan hanya makan tengahari dan makan malam. Lain, macam sarapan, kudapan dan macam-macam makanan lagi, ni kene beli sendiri yer. Lepas subuh cari la makanan apa tang aesuai dengan perut dan poket. KENAPA? Nak makan makanan melayu kene poket lebih sikit sebab nasi goreng jer 10 riyal. Bakso mangkuk kecik 30 riyal. Berpeluh jugak nak bayar.

Nak mudah di maktab beli jer sarapan yang ada kat situ. Beli roti 1 riyal. Air panas dah free. Letak jer la teh ker kopi ker. Lain-lain kalau lapar beli jer kebab yang dijual sekeliling hotel ngan harga 5 riyal. Insys Allah kenyang. 

Insya Allah akan sambung siri seterusnya

Travelog Haji - Siri 8 (Hari Kedua di Madinah)


(Written & posted by: me)






Travelog Haji - Siri 7 (Hari Pertama di Madinah)


(Written & Posted by: me)


First day biasanya terexcited lebih. Hehehe. Sapa yang tak teruja, Masjid Nabawi dan makam Nabi. Memang la excited yang amat.

Subuh di Madinah ni awal. So sapa yang jetleg, kene adjust awal-awal perkara tu. cari la apa-apa tips yang boleh hilangkan jetleg ni. Hari ni subuh jam 4.30 pagi lebih kurang.

Cuaca a bit panas sbb musim panas. Siang cecah 44 hingga 47c. Malam pun sama agak panas. So, minum air jer la byk sambil doa moga berkat air zam zam tu Allah beri kesihatan pada tubuh badan.

Masa sampai malam tu lepas rehat sekejap terus gi Masjid Nabawi. Masuk di pintu Baqi' terus ke makam Nabi. Sampaikan terus salam pada yang berkirim salam pada Nabi SAW. Cuba juga ke raudhah tapi polis arab tu dah halau keluar, so balik hotel jer la

Patutnya hari ni ada ziarah di sekitar Masjid Nabawi tapi sebab baru sampai badan agak penat. Lepas subuh tu tidur jer dlm bilik. Sedar bila org ajak gi makan. Huhuhuhu.

Petang takder aktiviti sgt sebab still adjusting bearing dan suasana di Madinah. So just pusing-pusing keliling hotel windows shopping. Lepas tu byk ke Masjid jer. Malam pun lepas isyak mata dah takleh tahan terus balik bilik tidur.

Nanti sambung balik HARI KEDUA DI MADINAH.

Friday, 21 August 2015

Travelog Haji Siri 6 - (Tiba di Madinah)


(Written & posted by: me)


Terbang dari senai tadi jam 4.30 pm. Dilayan macam raja dalam kapal. Masuk-masuk jer ada welcome drink. Tak lama lepas tu makan petang pulak. Pilih antara dua sama ada ayam atau ikan. Terbaik la MAS. Sebelum mendarat pun diberi makan nasi lagi, lauknya ayam atau daging.

Sampai kat airport terus disuruh ke imigresen saudi. Orang lain elok jer cepat. Sampai time aku, huhuhuhu, time tu la ko nak buat pemeriksaan ketat. Suruh bukak spek la, cap jari la, ambik gambar la. Ujian Allah SWT agaknya nak aku ni sabar.

Lepas tu terus di suruh ke bas. Mula-mula cari nombor tapi arab tu kata naik jer mana mana sbb hotelnya satu jer. 

Bas gerak dlm kul 9.30 malam dan sampai di hotel Al -Haram jam 10 malam. Ada taklimat sikit dari Tabung Haji tentang jadual makan dan apa yang berlaku esok. Tapi time taklimat ni kepala dah penat, jadi dengarnya macam masuk telinga kiri ngan keluar telinga kanan la.

Cuma yang penting CARI JADUAL WAKTU SOLAT. Dari situ kita boleh atur pergerakan dan aktiviti harian kat Madinah ni. Kalau masih larat lagi, lepas kemas diri pergi la ker Masjid Nabawi. Cari Pintu Al Baqi dan masuk terus ke makam Nabi. Sampaikan salam padanya dan solat di situ. Kalau ada rezeki masuk terus ke raudhah. Doa jer la byk2 mudah mudahan dipermudahkan.

Sambung esok lagi esok HARI PERTAMA DI MADINAH)

Travelog Haji - Siri 5 (hari bertolak)


(Written & posted by: me)

Setelah sekian lama menunggu, surat yang diterima telah pun dijawab. Maka tibalah hari untuk bertolak ke tanah suci. Jeng jeng jeng. Dap dup dap dup jantung macam tak sabar nak bertolak.

Kebiasaannya ramai la sedara mara dan kaum kerabat akan sama-sama menghantar ke airport. Time ni sebak dan sayunya hati Allah SWT sahaja yang tahu. Meleleh jugak air mata kalau diseka dan disekat.

Anyway, bila nak bertolak, ada beberapa perkara penting yang MESTI KENE BAWAK supaya pendaftaran dapat dilakukan dengan baik.

1. Gelang haji.

Yang ni pakai terus la dari rumah. Senang. Nanti terlupa, haru biru kita masa daftar. Gelang ni biasanya dipos ke rumah. Kalau dah nak bertolak masih tak dapat HUBUNGI SEGERA TABUNG HAJI

2. Surat pengesahan penerbangan

Ni pun kene bawak sebab pegawai Tabung Haji hanya scan sahaja barcode di surat tu untuk confirmkan penerbangan.

3. Buku rekod kesihatan

Kene bawak masa daftar sebabnya doktor akan check lagi sekali secara sekali lalu untuk pastikan buku tu diisi dengan betul dan pastikan kita ni benar-benar sihat untuk menunaikan ibadah haji.

4. Beg barang keperluan

Ni kene la bawak. Nanti susah pulak nak cari kain ihram kat mana and etc. huhuhu. Biasa satu atau dua beg jer

APA LAGI

Masa lapor diri akan diberi tag nama, sticker untuk beg, beg kecil dan beberapa barang sponsor yang diterima oleh Tabung Haji. Kalau tak dapat usah ler ungkit yer. Reda jer apa barang yang kita terima.

NAK BUAT APA LAGI

lepas daftar, kita akan dihalakan terus umtuk chehck in. Cadangan saya, ajak ler sesedara kuta ni ngeteh kejap kat airport tu sebelum check in sbb bila dab masuk kat situ dah takleh keluar. Tanya pegawai Tabun Haji bila taklimat sebelum bertolak. Dah dapat waktu, pergila ngeteh sekejap. Penat diaorang ngantar ni.

Bila dah selesai dengan yang ngantar ni barulah gi check in beg. Biasanya Tabung Haji dan selesaikan boarding pass dan visa di pasport. Ambik pasport ngan pegawai Tabung Haji lepas tu masuk la balai berlepas.

Di balai berlepas, duduk ikut kategor warna yer. Tengok di boarding pass kita ada sticker kaler yang diletakkan, biru, hijau, kuning, merah dan sebagainya. Ikut jer la sticker tu. sebab kita ni masuk kapal ikut kaler tu.

NAK BUAT APA ATAS KAPAL

Kat kapal terpulang pada kita la nak buat apa. Nak tido boleh, nak baca buku boleh, nak ngaji boleh, ikutla. Lagipun disediakan dua hidangan dalam kapal. Makan jer la bila dibagi. Lepas tu ikut la nak buat apa. Saya cadangkan semasa di atas kapal rehatla secukupnya sebab bila sampai Madinah kita ni fresh dan boleh buat ibadah dengan tenaga yang banyak.

Oklah. Sambung dengan siri seterusnya TIBA DI MADINAH. Insya Allah saya akan cuba update secara harian lepas ni. Ikut jumlah hari di Madinah dan Mekah. والله اعلم

Travelog Haji - Siri 4 (Barang Keperluan)


(Written and posted by: me)

Perkara utama dalam nak menunaikan ibadah haji ni ialah barang-barang keperluan yang nak di bawa ke tanah suci. Yalah, pergi haji ni bukan macam pergi umrah yang paling lama 2 minggu. Tapi pergi haji ni kalau guna pakej biasa yang muassasah tetapkan kebiasaannya hari berada di tanah suci tu lama. Ada yang 39 hari, ada yang 44 hari, ada yang 51 hari dan rekod paling lama diketahui ialah 54 hari (ni tahun 2013... Tak tau la ada yang lama lagi. Tapi orang dulu-dulu gi haji naik kapal laut lagi lama, jejak 5 6 bulan)

So, bila dah lama duduk di tanah suci ni, barang keperluan yang dibawak kene betul-betul sukat sebab syarikat penerbangan hanya limitkan 30kg sahaja. Takleh lebih.

Dalam hal ni, tabung haji ada sediakan senarai keperluan barang-barang asasi yang nak dibawa selama tempoh berada di tanah suci. Ni barang keperluan asas la. Tapi dalam masa yang sama semasa ceramah atau kursus haji perdana ada jugak dijelaskan barang-bafang lain yang perlu dibawak yang takder dalam senarai. So, TAKE NOTE YER PERKARA NI.

Pada saya, untuk meminimakan barang keperluan yang nak dibawak, elok kita ikut jer panduan yang Tabung Haji tetapkan. Ni contoh senarai barang keperluan asas yang ditetapkan:


Sebagai tambahan kepada barang-barang keperluan ni, ni cadangan saya la:

1. Universal adaptor dan extension plug

Dunia hari ni penuh dengan gajet, tab la ipad la digital kamera la dan bagai-bagai lagi. Ni semua perlukan elektrik untuk berfungsi. Gitu jugak ngan power bank, memang saru keperluan di tanah suci ni

2. Sarung beg dan pen marker

Bila dah travel reramai ni menyebabkan beg yang kita bawak nampak serupa. Ada yang ketak riben utk pengenalan. Tapi mudahnya cari sarung beg. Bukan apa. Atas sarung beg tu boleh kita tulis nama da pengenalan kita masa berada di tanah suci

3. Peralatan Membasuh dan bilik air

Ni macam berus basuh baju, tempat letak berus gigi dan ubat gigi, tempat sangkut baju dan sebagainya. Ni semua membantu kita nak selesaikan urusan baju kotor dan sebagainya.

4. Kasut Sukan untuk melontar

Selepas tahalul awal, kita dah boleh berpakaian biasa. Tapi masih lagi berada di Mina untuk tujuan melontar 3 jamrah. Nak berjalan pulak jauh sedangkan kaki kita waktu tetiba ada masalah, pecah tumitla, gout la dan macam-macam hal lagi. So, bawaklah kasut sukan untuk memudahkan keadaan.

5. Beg Sandang Belakang

Tak dinafikan Tabung Haji ada bagi beg kecil untuk memudahkan urusan kita untuk beribadah secara terus menerus di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Tapi semasa tujuan berwukuf dan bermabit di Mina, elok dibawa jugak beg sandang untuk memudahkan pergerakan dan diisi barang keperluan semasa bermalam

Tuesday, 18 August 2015

Travelog Haji - Siri 3 (Penentuan Jenis Haji)

D(Written & posted by: me)

Perkara yang tak kurang pentingnya apabila dapat seruan haji ini ialah penentuan jenis haji yang hendak dibuat. INI AMAT PENTING UNTUK KITA TENTUKAN AWAL-AWAL. Sebabnya untuk memudahkan kita fokus terus kepada jenis ibadah haji yang hendak kita buat.

# Nota #
Ibadah haji ini ada 3 jenis iaitu; Ifrad, Tamattu' dan Qiran.
Ifrad ialah mengerjakan haji dahulu dibulan haji dan selepas selesai haji mengerjakan umrah yg wajib baginya
Tamattu' ialah mengerjakan umrah yang wajib baginya di bulan haji dan apabila tiba musim haji barulah mengerjakan haji
Qiran pulak mengerjakan haji dan umrah secara sekaligus
# tamat nota 1 #

Biasanya orang malaysia ni ambik haji tamattu' la. Tapi bagi saya, jenis haji yg nak dipilih tgk pada masa penerbangan yg ditetapkan pada kita.

SEBABNYA

Tempoh masa utk menunggu 8 zulhijjah tu sebenarnya menjadi faktor jenis haji yg kita nak buat. Kalau kita ditetapkan penerbangan lewat dan terus ke Mekah, boleh dipilih sama ada ifrad atau tamattu'. Kalau ambil ifrad memang lama sikit pakai ihram sekurang kurangnya 2 minggu. Tapi kalau ambil tamattu', selesai sahaja umrah yg wajib baginya terus boleh bukak uyk tunggu 8 zulhijjah

Bagi yg dapat penerbangan awal, bagi saya elok mengambil jenis haji tamattu'. Sebab tempoh masa menunggu hari 8 zulhijjah tu sgt lama. Kadang2 jejak sebulan. Jadi kalau ambil ifrad sebulanlah kita pakai ihram

KENAPA IFRAD KENAPA TAMATTU'

Memang dari segi afdalnya ialah kita buat jenis haji ifrad. Itu memang tak dinafikan. Tapi nak pilih jenis haji ni tengok dulu siapa diri kita.

Kita ni bukan setakat nak jaga 13 pantang larang dalam ihram sahaja tetapi kene jaga yg Allah SWT sebut
 "ولا رفث ولا فسوق ولا جدال في الحج"

Ni semua pantang larang yang berkait dengan pergaulan sesama manusia. Kadang kadang kita ni kurang sabar, dah bergaduh ngan teman sebilik, terumpat, terkata, terkutuk, tercakap bohong dan macam-macam "ter" lagilah.

So kalau rasa kemampuan kita manusia biasa, bukan tahap wali dan orang yang kaki ibadah, qiamulail dan sebagainya, pilih la tamattu'. Ni pun sesuai dengan firman Allah SWT yang nakkan kita ni pilih amalan yg tidak menyusahkan diri sendiri. ( kene uji lain cerita eh)

KENAPA BUKAN QIRAN

Boleh ker tidak kita nak buat? Boleh sebenarnya. Tapi dari segi kebiasaannya orang yang buat haji qiran ni ialah orang yang dah terlalu tua dan uzur, orang yang sakit, orang perempuan yang sedang dalam tempoh uzur syarie dan orang-orang yang sama waktu dengannya la.

Jadi kalau rasa diri tu sihat, takder sakit yang kronik dan yang sewaktu dengannya, jadi elok ler kita pilih sama ada ifrad atau tamattu' jer yer.

BAYAR DAM KE TAK

Yang pilih haji tamattu' dan qiran ni kene la bayar dam seekor kambing. Yang buat haji ifrad tak kene dam. Tapi jgn suka sgt yer. Kene teliti pada pantang larang dalam ihram tu. Yang tak berapa nak jaga kene la dam juga. Tapi yang ni rujuk ngan pegawai tabung haji untuk kira berapa dam kene bayar. Nasib tak baik kene bayar seekor unta. Huhuhuhu

Berapa jumlah bayaran dam ni. Dalam surat pengesahan penerbangan dari Tabung Haji kebiasaannya ada disertakan berapa jumlah bayaran dam. Elok bayar terus di sini bila kita ni dah pilih jenis haji nak dibuat. Jadi semasa di tanah suci tinggal top up jer berapa jumlah dam-dam lain yg kene bayar

# utk rekod tahun 2015 ni bayaran dam tamattu' ialah SR445.00 lebih kurang RM500 la #

So, itula serba sikit tentang jenis haji ni. Insya Allah lepas ni akan cuba update day to day sepanjang berada di tanah suci nanti start ngan hari berlepas. Semoga perjalanan haji saya dan isteri mendapat rahmat dan keberkatan serta haji yang mabrur














Saturday, 8 August 2015

Travelog Haji - Siri 2 (Ilmu & Kursus)

(witten & posted by: me)

Perkara penting bila dah dapat panggilan haji ni ialah ilmu. Takder ilmu tentang haji atau zero maklumat memang susah. Sebabnya walaupun haji ni pergerakan ramai-ramai, tapi ia tetap ibadah sendirian yg masing-masing kene faham dan tahu. Istilah macam "tamattu'", "nafar", "tahallul" dan sebagainya kene masing-masing tahu untuk memastikan ibadah haji tu kita faham apa yg kita buat.

MANA NAK CARI ILMU

Kalau baca buku jer tentang haji ni tak jadi. Kene cari guru. Biasanya guru atau atau ustaz ada cara utk mudahkan kita faham tentang ibadah haji. Namun, saya cadangkan beberapa perkara yg boleh kita buat untuk tambahkan ilmu tentang haji ni:

1. Kelas Haji di Masjid

Biasanya di awal tahun Tabung Haji akan keluarkan senarai Masjid yang ada kelas haji. Kelas ni secara minimanya akan adakan kelas haji selama 16 minggu. Kene tgk kat banner atau apa2 kertas iklan la yg Tabung Haji keluarkan.

So, hadirlah kelas haji ni. Banyak manfaatnya kalau datang.

2. Kursus Haji Intensif

Selain kelas haji, utk tambahkan ilmu haji ni kita boleh ikuti kursus haji intensif yang biasanya dilaksanakan dlm dua bentuk. 

Bentuk pertama kursus sehari start pukul 8 atau 9 pagi hinggalah kul 5 atau 6 petang. Ni biasanya buat di dewan atau pejabat travel agent. 

Bentuk kedua ialah kursus sehari jugak tapi sebelah malam. Biasanya di buat di masjid atau surau.

Kursus haji intensif ni akan mampatkan matapelajaran kelas haji tu kepada 4 modul sahaja, berbanding 16 modul biasa. So memang cramp gila la. Kene pulak ustaz yg mengajar kekadang terlalu laju atau terlalu perlahan atau penyampaian tak berapa menarik. Jawabnya memang kita pun boleh stress kalau tak betul-betul datang dengan niat nak belajar. 

But, nasihat saya bagi yang tak pernah ikuti kelas haji, better ambik kursus intensif ni. Bayar ker tak bayar ker ambikla kursus ni sbb byk manfaatnya

3. Kursus Haji Perdana

Biasanya kepada yang dah dpt panggilan haji ni, Tabung Haji akan panggil untuk hadir ikuti kursus haji perdana. Kursus ni SANGAT BAIK DAN SANGAT BAGUS untuk diikuti oleh mereka yang hendak menunaikan haji. 

SEBABNYA, diajar teori dan praktikal terus dan pengajarannya terus fokus kepada jenis haji yang paling famous orang buat iaitu haji tamattu'. Ikuti kursus ni, Insya Allah akan faham apa yang perlu dibuat semasa laksanakan ibadah haji.

TAPI YANG PALING PENTING, carilah guru atau ustaz atau mereka yang berpengalaman menunaikan haji. Ilmu dan pengetahuan yang mereka perolehi semasa menunaikan haji itu adalah priceless dan sangat berharga untuk kita jadikan pengajaran dan ibroh.

So, nilah serba sikit maklumat dan info kursus haji yang kita kene ikut dan ambik tahu untuk tambah maklumat tentang ibadah haji ni. Mudah mudahan perkongsian ini jadi manfaat utk semua.

Friday, 7 August 2015

Travelog Haji - Siri 1


(Written & Posted by: me) dated 07082015

Tahun 2015 adalah tahun bersejarah buat diri aku ngan orang rumah apabila dipilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan haji. Alhamdulillah.

Bila dah terpilih huhuh macam2 dalam kepala. Duitnya, cutinya, zaidnya huhuhu. Tapi bila pikir balik, pergi haji ni adalah jemputan Allah jadi tetamunya, terus bulatkan dalam hati, mudah mudahan Allah SWT mudahkan jalan untuk ke sana.

So, apa yang perlu buat mula2 bila dapat panggilan haji ni. Bila dpt telefon atau sms dari tabung haji ni, perkara2 ni kene dahulukan;

1. Ilmu.

Nak tak nak kene cari guru tambah ilmu, pengetahuan, informasi ngan pengalaman pasal haji dengan orang yang dah pernah pergi dan jugak guru-guru haji yang Tabung Haji lantik.

2. Jawab surat terima dari Tabung Haji

INI SANGAT PENTING UNTUK DIJAWAB. Tak jawab memang rugi la. Dah la kuota susah dapat, jadi bila ada surat ni memang kene jawab la. Cuma ingatan saya berhati hati dlm menjawab sebab salah sign boleh jadikan kita tak dpt bayaran khas dari kerajaan

# nota : untuk yang pertama kali pergi haji (yg ni takleh kelentong sbb nama yg dah pernah pegi nama sudah list kat muassasah yer 😜) bayaran tambang biasanya ada bayaran khas kerajaan. Contohnya untuk tahun 2015, kos bayaran penuh haji adalah berjumlah RM17 ribu lebih, tapi tang pertama kali pegi hanya perlu bayar RM9980 sahaja. Baki tu kerajaan tanggung. Ni yg first time jer la. Yg petugas dan pegi haji kali kedua memang kene bayar penuh.

3. Passport

Bila dah jawab terima tu tengok la passport hidup ker mati ker tak pernah buat ker. Kalau lum ada atau dah mati pergila imegresen untuk renew apa yang patut.

4. Gambar Visa

Ni pun nak kene ambik cepat sebab passport kene serah sekali ngan gambar visa. Biasanya nak 2 keping jer. Kene tulis kat belakang gambar tu nama mcm IC dan nombor kad pengenalan bila serah ke pejabat Tabung Haji

5. Checkup kesihatan

Masa ambik surat tawaran kat Tabung Haji tu dia akan bagi sekali buku untuk check kesihatan dan list klinik swasta yg kita boleh pergi kalau taknak pergi klinik kesihatan kerajaan. Kalau swasta memang bayar mahal tapi cepat. Kat klinik kesihatan kerajaan ada tarikh khas yang Tabung Hajj tetapkan.

Bagi yang tak sabar macam aku ni hehehehe... Pegi la klinik swasta. Yg di Johor Bahru boleh pergi klinik kamal kat tampoi atau klini utama dan biosucinas di BBU dan beberapa klinik lain la. Nak berapa kene bayar huhuhu. Nanti jap.

Buku medical tu byk soalan kene tanya. Soalan psikologi, soalan kesihatan, penyakit sedia dsb. Bagi yg dah ada penyakit gout ker kencing manis ker darah tinggi atau apa2 jer bawak jer la ubat masa checkup tu. lepas tu biasa la kene inject, iaitu inject utk influenza, pneumonia (paru paru berair) dan apatah lagi satu. Tiga inject, amik kau. Masa bayar RM300 lebih. Huhuhuhu... Takper la. Nak jadi tetamu Allah SWT, apa jua perbelanjaan redha jer la. Anggap jer la ni semua ujian dari Allah SWT nak jadi tetamunya.

6. Pengesahan Sijil Nikah

Ni utk perempuan yang bawah umur 45 tahun. Kene ada mahram. Kalau dah nikah, salinan sijil nikah yg disahkan oleh Kadi Besar atau Kadi Daerah hendaklah disertakan yer. Kalau tak, takleh gi nanti. Kalau lum kahwin kene bawak la mahram yg disenaraikan oleh Tabung Haji

APA NAK BUAT LEPAS SEMUA ADA

Pergi la hantar kat Tabung Haji bawak semua2 yg dimintak seperti passport, gambar visa, buku checkup sama borang-borang yg dah sign. Lepas yu tunggu jer surat dari Tabung Haji.

SURAT APA YG KENE TUNGGU

Bila dah hantar, biasanya Tabung Haji akan hantar surat atau sms jer atau diupdate kat website dia apa info terkini. Surat2 yg akan kita dapat dari Tabung Haji:

1. Surat kursus haji perdana
2. Surat kursus intensif haji
3. Surat pengesahan penerbangan
4. Pos laju gelang haji
5. Surat atau sms utk ambik barang-barang keperluan haji di Pejabat Tabung Haji

Tu la beberapa perkara utk siri 1 ni. Nanti info lain akan cuba diupdate from time to time. Cewah. 















Saturday, 21 June 2014

TAZKIRAH: DENGARLAH BACAAN AYAT-AYAT SUCI ALLAH

Al-Quran merupakan kalam Allah dan mukjizat yang kekal sepanjang zaman. Al-Quran merupakan kitab suci yang Allah SWT memberi jaminan keasliannya, yang ia tidak akan mengalami sebarang perubahan. Membacanya dikira ibadah dan mendapat pahala yang berlipatkali ganda. Rasulullah SAW menyatakan, sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran akan mendapat ganjaran pahala yang diganda-gandakan.

     Sebagai umat Islam, kita hendaklah menjadikan Al-Quran sebagai teman rapat dan kawan karib kita. Untuk menjadikannya kawan karib dan teman rapat, Al-Quran hendaklah kita bawa ke mana-mana. Apabila sudah dibawa ke mana-mana, bukalah Al-Quran itu dan bacalah ia. Ini kerana, isi kandungannya amat bermutu tinggi dan sangat bernilai. Sekiranya kita tidak mampu membacanya atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, maka dengarkanlah bacaan Al-Quran. Jadikanlah bacaan Al-Quran itu berada di mana-mana di sekeliling kita, di rumah, di dalam kereta, di dalam telefon bimbit, di dalam ipod atau alat pemain muzik dan sebagainya. Jadikanlah juga bacaan Al-Quran itu sebagai keutamaan untuk kita dengar berbanding yang lainnya.

    Jika kita perhatikan, setiap patah perkataan Al-Quran yang dialunkan dengan merdu dan indah, akan dapat menghasilkan ketenangan jiwa. Jiwa yang tenang akan menghasilkan manusia yang seimbang. Tahap tekanan atau stress level berada pada tahap yang terkawal. Apabila manusia memiliki jiwa tenang, keputusan yang dibuatnya juga akan lebih adil dan saksama. Tidak diselaputi perasaan marah, benci, dendam dan sebagainya. Inilah antara keajaiban Al-Quran. Allah SWT menyatakan, dengan mengingati Allah setiap masa itu akan menjadikan hati dan jiwa yang tenang dan tenteram.

     Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri sering menyuruh sahabatnya yang memiliki kemerduan suara supaya membaca Al-Quran. Malah pernah diriwayatkan, ketika seorang sahabat bernama Abu Musa Al-Asy’ari membaca Al-Quran dengan suaranya yang merdu, Baginda SAW duduk dan dengar dengan diam bacaan yang dibaca oleh sahabatnya itu. Inilah sifat dan sikap yang seharusnya kita contohi.

    Pada hari ini kita dikelilingi oleh kepelbagaian kemudahan teknologi. Semua kemudahan teknologi ini sebenarnya membantu kita untuk memudahkan bacaan Al-Quran itu didengar di mana. Tetapi janganlah sesekali kita mengambil sikap endah tak endah akan perkara ini. Apabila bacaan Al-Quran itu dikumandangkan di TV dan Radio, cepat sekali kita menukar siaran, enggan meneruskan pendengaran ayat-ayat suci Al-Quran, walhal ia juga adalah Sunah Rasulullah SAW.

Dalam hal ini, kita perlu tanya diri kita sendiri, apakah sikap kita apabila kita mendengar bacaan Al-Quran itu dialunkan. Adakah kita mengambil bacaan itu sebagai gangguan bunyi dan suara atau kita diam serta dengar dengan taat bacaan tersebut. Adakah imam atau bilal yang mengalunkan bacaan Al-Quran di Masjid dan Surau kita sebelum azan itu kita anggap sebagai gangguan atau kita anggap ia sebagai peringatan untuk kita bersegera ke Masjid menunaikan solat fardu. Sekiranya kita boleh menonton dan mendengar muzik dan lagu yang memuja wanita dan perasaan cinta selama berjam-jam, kenapa kita tidak boleh mendengar Al-Quran dan ayat-ayat suci Allah SWT ini selama berjam-jam.

Sekiranya kita lebih rela mendengar hiburan alunan muzik dan lagu selama berjam-jam sudah pasti di sini kita boleh nilai dimanakah kedudukan Al-Quran dalam kehidupan kita. Hari ini kita melihat orang lebih rela membayar tiket ratusan dan ribuan ringgit untuk pergi ke konsert mendengar lagu dan muzik berbanding pergi ke majlis tilawah Al-Quran yang menawarkan tempat duduk percuma tanpa bayaran. Jadi, persoalannya di manakah Al-Quran dalam kehidupan kita.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah memperbetulkan kembali sikap kita terhadap Al-Quran. Jadikanlah alunan ayat-ayat suci Al-Quran itu sebagai bahan wajib untuk kita dengar setiap hari. Tidak salah untuk kita berhibur tetapi janganlah hiburan itu melalaikan kita daripada mendengar ayat-ayat suci Al-Quran. Inilah kalam Allah SWT yang padanya mengandungi panduan dan pedoman untuk kita mendapat kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT.

Sekianlah sahaja tazkirah ringkas dari saya. Mudah-mudahan apa yang disampaikan ini boleh dijadikan renungan dan panduan untuk semua. Ampun dan maaf atas kesilapan dan kesalahan. Wallahua’alam. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wr. Wb.

(tazkirah ini saya sampaikan dalam rancangan "Raikan Jiwa" di Radio Johor.FM)

Friday, 20 June 2014

SUDUT ILMU: PANDUAN SOLAT SUNAT ISTISQAK

(sumber: Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Johor)




    PENDAHULUAN
Solat Sunat Istisqak merupakan solat sunat yang dilakukan sebagai permohonan khusus kepada Allah SWT untuk memohon diturunkan hujan. Menurut Imam Asy-Syafie, permohonan hujan ini dikemukakan pada ketika musim kemarau atau pada ketika diperlukan hujan akibat kepanasan suhu yang melampau atau pada ketika keputusan mata air atau pada ketika diperlukan hujan untuk keperluan manusia. 

Dalil atau hujah disunatkan untuk Solat Sunat Istisqak ini sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi dan Abu Daud, bahawa Nabi SAW telah keluar melaksanakan solat sunat istisqak, dikuatkan suara pada bacaan solatnya, mengangkat tangan tinggi ketika berdoa memohon hujan.”


PERKARA-PERKARA SUNAT SEBELUM PELAKSANAAN SOLAT SUNAT ISTISQAK
(1) Hendaklah diberikan peringatan kepada masyarakat supaya bertaubat atas kezaliman dan maksiat yang dilakukan. Ini kerana, kezaliman dan maksiat itu menghalang turunnya hujan. 

(2) Memperbanyakkan sedekah sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT. 

(3) Hendaklah berpuasa selama tuga (3) hari. Pada hari keempat, dalam keadaan berpuasa, keluar beramai-ramai untuk mengerjakan solat sunat istisqak. Disunatkan berpuasa kerana menurut sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi, doa orang yang berpuasa itu tidak akan ditolak.

(4) Tempat pelaksanaan Solat Sunat Istisqak ini disunatkan untuk dipilih tempat yang lapang, kerana ia boleh turut dihadiri oleh semua umat Islam. Jika sukar, ia boleh juga dilaksanakan di Masjid dan Surau kerana memudahkan untuk khutbah dibaca.

(5) Sebelum keluar solat, disunatkan juga untuk mandi dan bersiwak serta membersihkan diri.

(6) Ketika keluar untuk Solat Sunat Istisqak, disunatkan memakai pakaian yang sederhana, tidak bermewah-mewah dan seumpamanya. Pakaian sederhana itu melambangkan tawadu’ kita pada Allah SWT.

(7) Begitu juga disunatkan semasa berdoa untuk menunaikan Solat Sunat Istisqak ini bertawasul dengan Nabi SAW dan amalan-amalan soleh yang dilakukan. Hal ini dilaksanakan oleh Saidina Umar Al-Khattab RA semasa dilaksanakan Solat Sunat Istisqak dengan membaca doa berikut: 


اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَسْقِي بِخَيْرِنَا وَأَفْضَلِنَا، اللَّهُمَّ إِنَّا كُنَّا إِذَا قَحَطْنَا تَوَسَّلْنَا إِلَيْكَ بِنَبِيِّنَا فَتَسْقِيْنَا وَإِنَّا نَتَوَسَّلُ بِعَمِّ نَبِيِّنَا فَاسْقِنَا فَيُسْقَوْن
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon hujan dengan bertawasul atas segala kebaikan dan kelebihan kami, Ya Allah, sesungguhnya kami berada dalam kekuasaan-Mu….

WAKTU SOLAT

(1) Secara umumnya, solat sunat Istisqak boleh dilaksanakan sama ada di waktu siang atau malam, kecuali pada waktu-waktu yang ditegah untuk mengerjakan solat sunat.

(2) Namun begitu, para ulamak Syafie menyatakan berikut adalah waktu-waktu yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA: 
(a) Menyamai waktu solat sunat hari raya. 
(b) Pada waktu tengahari, sebelum tibanya waktu zohor.
(c) Selepas solat zohor, antara waktu zohor dan asar.


KAEDAH SOLAT SUNAT ISTISQAK

(1) Dilaksanakan sebanyak 2 rakaat. Tidak perlu azan dan iqamah. Hanya yang diperlukan ialah seruan “الصلاة جامعة”.

(2) Niat Solat ialah:
أصلي سنة الإستسقاء ركعتين اماما / مأموما لله تعالى

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat istisqak dua rakaat sebagai imam / makmum kerana Allah SWT.

(3) Selepas takbiratul ihram, disunatkan takbir 7 kali sambil diselangi bacaan tasbih
“سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر”          

(4) Selepas takbir 7 kali pada rakaat pertama, dibaca Surah Al-Fatihah yang kemudian disusuli dengan Surah Qaf atau Surah Al-A’la.

(5) Pada rakaat kedua, disunatkan takbir 5 kali sambil diselangi bacaan tasbih
"سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر"         

(6) Selepas takbir 5 kali pada rakaat kedua, dibaca Surah Al-Fatihah yang kemudian diikuti dengan Surah Nuh atau Surah Al-Ghasyiah.

(7) Selesai solat, disunatkan untuk diikuti dengan dua khutbah


KHUTBAH

(1) Disunatkan untuk berkhutbah dengan dua khutbah selepas Solat Sunat Istisqak. 

(2) Khutbah pertama hendaklah dimulakan dengan 9 kali istighfar “
أستغفر الله العظيم” dan khutbah kedua dengan 7 kali istighfar dan disudahi dengan bacaan berikut:
 استغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه.
  ﯽ   ﯾ  ﯿ       ﰀ           ﰁ  ﰂ   ﭑ    ﭒ  ﭓ  ﭔ  ﭕ

(3) Di dalam khutbah pertama, disunatkan untuk membaca doa berikut:

اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا هَنِيْئًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا غَدَقًا مُجَلَّلاً طَبَقًا سَحًّا دَائِمًا، اللَّهُمَّ اسْقِنَا الْغَيْثَ وَلاَ تَجْعَلْنَا مِنَ الْقَانِطِيْنَ، اللَّهُمَّ إِنَّ بِالْعِبَادِ وَالْبِلاَدِ مِنَ الَّلأْوَاءِ وَالْجَهْدِ وَالضَّنْكِ مَا لاَ نَشْكُوْا إِلاَّ إِلَيْكَ، اللَّهُمَّ أَنْبِتْ لَنَا الزَّرْعَ، وَأَدِرَّ لَنَا الضَّرْعَ، وَاسْقِنَا مِنْ بَرَكَاتِ السَّمَآءِ، اللَّهُمَّ ارْفَعْ عَنَّا الْجَهْدَ وَ الْجُوْعَ وَالْعُرْيَ، وَاكْشِفْ عَنَّا مَا لاَ يَكْشِفْهُ غَيْرُكَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ كُنْتَ غَفَّارًا، فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا.

(4) Semasa berdoa ini, disunatkan mengangkat tangan beramai-ramai.

(5) Pada ketika dibaca khutbah kedua, disunatkan berpusing menghadap ke kiblat. Pusingan itu dilaksanakan dari kanan ke kiri.

 
(6) Selain itu, didalam khutbah pertama dan kedua, disunatkan memperbanyakan doa berikut selepas selawat ke atas Nabi SAW, yang turut sama diikuti oleh para Jemaah:

لاَ إَلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ نَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ، وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


PERMASALAHAN

(1) Para ulamak Syafie menyatakan, Solat Sunat Istisqak ini boleh dilaksanakan secara berulang-ulang sehingga turunnya hujan, tetapi pelaksanaan kali yang pertama itu perlu ditekankan dan diutamakan sebagaimana sunnah Nabi SAW.

(2) Apabila hujan turun selepas dilaksanakan Solat Sunat Istisqak, hendaklah bertasbih sebanyak-banyak pada Allah SWT, dan disunatkan mengucapkan doa berikut:

اللهم صيبا هنيا وسيبا نافعا

(3) Jika hujan yang turun tidak berhenti dan berlebih-lebihan sehingga memudaratkan masyarakat, hendaklah membaca doa berikut:

اللهم حوالينا ولا علينا
 والله أعلم